it shall exist...

3.28.2009


marilah kita sama-sama nantikan kemunculannya...hahaha!

Laman web rasmi SUKAM 17

Blog rasmi SUKAM 17

idop!

3.23.2009

"bro, ko rasa ko nak jadi pe lepas blaja ni?"tanya Mazlan

"hummm, aku ingat nak jadi jutawan la. kasi duit banyak2,pastu ley beli macam2."jawab Aidil

"pas beli macam2 ko nak watpe?"betah Mazlan

"hummm....bule bangga2 ke.hahaha.xdela...enjoy la kot."selamba Aidil

"ohh.kalo aku tanya ko pe matlamat hidup ko, mesti ko nak jadi jutawan kan? pe yang ko rasa dengan jadi jutawan, ko rasa tu ke matlamat hidup yang mutlak?" Mazlan kasi soalan trick...

"hummm...ye tak ye gak. cam terbatas je. abes tu, pe matlamat dan tujuan hidup ko? Aidil persoalkan....

aku saje je buat dialog ni. kadang-kadang aku ada terfikir tentang tujuan dan matlamat hidup aku kat dunia ni. maksud aku, selain aku belajar nak dapat keje tu sume tak kan benda tu je yang aku nak capai?cam tak logik je. sebab matlamat tu cam terbatas untuk diri kita sebagai seorang manusia. kemudian apa jadi plak kehidupan kita lepas mati?haa...tu la persoalan yang nak kita cari...

sebenarnya aku dah ada jawapan untuk persoalan tu. saja nak kongsi. kita sebagai seorang muslim, orang Islam yang dah mengakui Allah sahaja sebagai Rabb kepada kita sepatutnya penyerahan kita hanyalah pada Dia. dan dari kenyataan ni boleh disimpulkan bahawa tujuan hidup kita hanyalah untuk beribadah kepada Nya. selain itu, tugas khalifah juga terletak dibahu kita sebagai seorang muslim untuk mengislahkan dunia ini dengan keindahan Islam.

jawapan ni bukannya aku reka-reka sendiri. aku dapat dari kitab kita yang menjadi panduan hidup kat dunia ni iaitu al-Quran. dari surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud...

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahu apa yang kamu tidak ketahui"

dan dari surah At-Tur ayat 56 yang bermaksud...

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku

sebagai seorang muslim yang akui tentang kenyataan diatas, semestinya al-Quran menjadi panduan hidup kita disamping al-Hadith.

aku kat sini bukannya nak tolak bulat-bulat tentang impian hidup. tapi hakikat sebenar kita dihidupkan adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah. dan sebagai hamba, terdapat garis panduan yang dah dibuat oleh Dia untuk kita ikut...

wassalam...

p/s: why so serious?hahahhaa!terserius la...ni sebenarnya sekadar penceritaan yang kasar. aku perlukan perincian untuk topik ni sebenarnya. saja mencetuskan tanda tanya...