telefon bimbit saya!

4.02.2011

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak cerita tentang sejarah handphone yang pernah aku pakai selama aku hidup di dunia yang fana ini. memang aku suka tukar-tukar handphone. sebab apa? sebab aku nak rasa macam mana perasaannya dapat rasa pegang semua handphone. tapi selalunya setiap handphone yang aku dah pegang tu, aku rasa biasa sahaja. bukannya istimewa sangat. sekadar nak memenuhi nafsu punyai handphone mahal. sebab bagi aku, handphone hanya sekadar untuk message dengan calling sahaja. tak lebih dari itu. kalau nak melayari internet, aku lebih selesa menggunakan komputer mahupon laptop.

Handphone yang pertama aku pakai adalah Motorola StarTAC. ianya adalah jenis yang boleh lipat dan aerial boleh ditarik keluar. inilah handphone yang paling aku suka dalam sejarah aku ada handphone. memang sebagai handphone pertama ia menjadi sebab, tapi yang utama aku suka cara nak jawab handphone ini. bergaya sungguh! bila nak jawab, kena tarik aerial dulu kemudian buka shell tu untuk jawab. serius bergaya. macam orang berniaga.

Aku beli handphone ini waktu aku sekolah menengah dengan kumpul duit belanja. handphone ini kawan aku tolak dekat aku. RM100 tak silap aku masa tu. tak pun RM150. sebab ini kira da barangan terpakai. kawan-kawan aku ramai gak pakai handphone jenis ni sebab terpengaruh dengan satu cerita Cina - Young and Dangerous. watak utamanya, Chan Hoo Nam menggunakan handphone ini sebagai handphone rasmi beliau dan sangat-sangat-sangat bergaya bila beliau pakai. kira sapa yang ada handphone begitu nampak bergaya dan berpengaruh.

Masa beli handphone ini aku takda lagi simkad. dulu simkad sangat-sangat-sangat lah mahalnya. sekeping boleh cecah sampai RM100. tapi aku beli simkad dekat kawan aku. dia jual DIGI. masa tu harga sekeping simkad RM60. mahal gila! tu tak fikir dia punya tambah nilai. mana ada RM5 macam sekarang. paling kurang pon RM50 weh! memang ikat perut lah kat sekolah.



aku guna handphone ini sampai habis sekolah. dari tingkatan2 sampai tingkatan5. bila dah mula masuk matrix, aku guna handphone lain. biasalah. barang sudah lama. kenalah tukar. kali ini aku guna handphone Nokia Ngage. handphone ini keluaran yang pertama. yang bukan untuk main game. handphone ni pon bergaya juga bila cara nak jawab. sebab bila nak jawab, kena tegakkan handphone dekat telinga. memang bergaya habis la. tapi kadang-kadang malu la juga sebab besar kan.



handphone ini ada lagi dekat rumah aku. aku pernah hantar repair, tapi orang kedai tu kata yang handphone ni rosak hardware yang mana dah takda sparepart. takpalah. aku terpaksa lah mengalah lagi. masa dekat matrix juga aku beli handphone lagi satu. Nokia Butterfly. tapi jenis gemok punya. aku tak ingat la handphone ni model apa. handphone ni aku pakai tak lama pon. sebab tak berapa nak seronok pakai nya. sekadar nak dengar radio melalui handphone saja. tapi ok je sebenarnya. handphone Nokia 3310 juga aku ada pakai waktu matrix. sebab aku ada pakai 2 simkad. jadi handphone kenalah banyak!



bila mula masuk u pulak aku tukar semua handphone aku. aku jual semua handphone aku kemudian beli Nokia N73. waktu ni mula berkenan dengan 3G. aku mula guna fungsi panggilan video. seronok gak. tapi duit mengalir pon seronok lah. mahal gila waktu ni. tapi sebab nak cuba punya pasal. aku beli je lah.



bila sudah bosan dengan handphone yang ni, aku nak cuba jenama yang tak pernah aku pakai. aku cuba pakai Sony Ericsson S500i. handphone ni jenis slide. aku sangat terpengaruh dengan cakap kawan aku. patutnya beliau yang nak beli. tapi bila aku cukup duit saja, terus aku rembat. sampai dekat u, beliau maki-maki aku sebab beli handphone tu. hahahahha!



waktu ni juga aku nak pakai banyak sikit nombor. jadi aku beli lagi satu handphone jenama yang sama tapi model lain. Sony Ericsson K770i aku cuba pakai. handphone ni kamera dia boleh tahan lah sharp. selalu aku pakai kamera handphone ni saja untuk tangkap gambar apa-apa. gambar sendiri lah banyak selalunya. huhuhu!



aku memang setia dengan Sony Ericsson ni. nak dekat 3tahun aku pakai handphone ni tak tukar-tukar. bila da bosan, aku nak cuba pakai touch screen punya handphone plak. aku beli Samsung Corby Wifi. mula-mula memang seronok pakai sebab dia ada qwerty keyboard. rasa nak taip kemain seronok lagi. rasa macam menaip dekat keyboard betul. tapi jodoh aku dengan handphone Samsung tak lama. aku pakai hanya untuk beberapa bulan dan aku tolak dekat kawan aku. aku da bosan dengan touch screen handphone ni. aku nak pakai yang biasa-biasa sahaja...



handphone terakhir aku adalah yang paling cak ayam pernah aku ada. handphone ni macam kelas yang paling bawah sekali. aku ambil handphone ni sebab dia dual-sim. maknanya boleh masukkan dua sim dalam 1-1 masa. seronok je. sebab aku ada 2 simkad. bila pakai handphone ni, tak perlu untuk tukar-tukar simkad. masukkan dua-dua, dan kedua-duanya akan hidup. kan senang! bawa 1 handphone bole ada 2 line. huhuhu!



aku selalu kena gelar dengan kawan-kawan aku mat gajet. sebab setiap kali dorang jumpa aku, mesti aku akan ada gajet yang baru. dan sebenarnya aku bukanlah seorang mat gajet. aku sekadar nak cuba pakai apa yang aku tak pernah pakai. lagipon, aku bukannya minat sangat barang-barang yang mahal sangat, yang canggih-canggih sangat ni. tengok dari jauh je la. nak beli tak mampu. atau mungkin satu hari nanti aku dapat beli, aku beli lah. tapi tu lah. sekadar nak merasa. bukannya nak ada sangat pon. ok lah. sekadar itu penceritaan kali ini. (macamlah ada orang baca!)

wassalam

p/s:aku tak suka pakai maxis!!!