telefon bimbit saya!

4.02.2011

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak cerita tentang sejarah handphone yang pernah aku pakai selama aku hidup di dunia yang fana ini. memang aku suka tukar-tukar handphone. sebab apa? sebab aku nak rasa macam mana perasaannya dapat rasa pegang semua handphone. tapi selalunya setiap handphone yang aku dah pegang tu, aku rasa biasa sahaja. bukannya istimewa sangat. sekadar nak memenuhi nafsu punyai handphone mahal. sebab bagi aku, handphone hanya sekadar untuk message dengan calling sahaja. tak lebih dari itu. kalau nak melayari internet, aku lebih selesa menggunakan komputer mahupon laptop.

Handphone yang pertama aku pakai adalah Motorola StarTAC. ianya adalah jenis yang boleh lipat dan aerial boleh ditarik keluar. inilah handphone yang paling aku suka dalam sejarah aku ada handphone. memang sebagai handphone pertama ia menjadi sebab, tapi yang utama aku suka cara nak jawab handphone ini. bergaya sungguh! bila nak jawab, kena tarik aerial dulu kemudian buka shell tu untuk jawab. serius bergaya. macam orang berniaga.

Aku beli handphone ini waktu aku sekolah menengah dengan kumpul duit belanja. handphone ini kawan aku tolak dekat aku. RM100 tak silap aku masa tu. tak pun RM150. sebab ini kira da barangan terpakai. kawan-kawan aku ramai gak pakai handphone jenis ni sebab terpengaruh dengan satu cerita Cina - Young and Dangerous. watak utamanya, Chan Hoo Nam menggunakan handphone ini sebagai handphone rasmi beliau dan sangat-sangat-sangat bergaya bila beliau pakai. kira sapa yang ada handphone begitu nampak bergaya dan berpengaruh.

Masa beli handphone ini aku takda lagi simkad. dulu simkad sangat-sangat-sangat lah mahalnya. sekeping boleh cecah sampai RM100. tapi aku beli simkad dekat kawan aku. dia jual DIGI. masa tu harga sekeping simkad RM60. mahal gila! tu tak fikir dia punya tambah nilai. mana ada RM5 macam sekarang. paling kurang pon RM50 weh! memang ikat perut lah kat sekolah.



aku guna handphone ini sampai habis sekolah. dari tingkatan2 sampai tingkatan5. bila dah mula masuk matrix, aku guna handphone lain. biasalah. barang sudah lama. kenalah tukar. kali ini aku guna handphone Nokia Ngage. handphone ini keluaran yang pertama. yang bukan untuk main game. handphone ni pon bergaya juga bila cara nak jawab. sebab bila nak jawab, kena tegakkan handphone dekat telinga. memang bergaya habis la. tapi kadang-kadang malu la juga sebab besar kan.



handphone ini ada lagi dekat rumah aku. aku pernah hantar repair, tapi orang kedai tu kata yang handphone ni rosak hardware yang mana dah takda sparepart. takpalah. aku terpaksa lah mengalah lagi. masa dekat matrix juga aku beli handphone lagi satu. Nokia Butterfly. tapi jenis gemok punya. aku tak ingat la handphone ni model apa. handphone ni aku pakai tak lama pon. sebab tak berapa nak seronok pakai nya. sekadar nak dengar radio melalui handphone saja. tapi ok je sebenarnya. handphone Nokia 3310 juga aku ada pakai waktu matrix. sebab aku ada pakai 2 simkad. jadi handphone kenalah banyak!



bila mula masuk u pulak aku tukar semua handphone aku. aku jual semua handphone aku kemudian beli Nokia N73. waktu ni mula berkenan dengan 3G. aku mula guna fungsi panggilan video. seronok gak. tapi duit mengalir pon seronok lah. mahal gila waktu ni. tapi sebab nak cuba punya pasal. aku beli je lah.



bila sudah bosan dengan handphone yang ni, aku nak cuba jenama yang tak pernah aku pakai. aku cuba pakai Sony Ericsson S500i. handphone ni jenis slide. aku sangat terpengaruh dengan cakap kawan aku. patutnya beliau yang nak beli. tapi bila aku cukup duit saja, terus aku rembat. sampai dekat u, beliau maki-maki aku sebab beli handphone tu. hahahahha!



waktu ni juga aku nak pakai banyak sikit nombor. jadi aku beli lagi satu handphone jenama yang sama tapi model lain. Sony Ericsson K770i aku cuba pakai. handphone ni kamera dia boleh tahan lah sharp. selalu aku pakai kamera handphone ni saja untuk tangkap gambar apa-apa. gambar sendiri lah banyak selalunya. huhuhu!



aku memang setia dengan Sony Ericsson ni. nak dekat 3tahun aku pakai handphone ni tak tukar-tukar. bila da bosan, aku nak cuba pakai touch screen punya handphone plak. aku beli Samsung Corby Wifi. mula-mula memang seronok pakai sebab dia ada qwerty keyboard. rasa nak taip kemain seronok lagi. rasa macam menaip dekat keyboard betul. tapi jodoh aku dengan handphone Samsung tak lama. aku pakai hanya untuk beberapa bulan dan aku tolak dekat kawan aku. aku da bosan dengan touch screen handphone ni. aku nak pakai yang biasa-biasa sahaja...



handphone terakhir aku adalah yang paling cak ayam pernah aku ada. handphone ni macam kelas yang paling bawah sekali. aku ambil handphone ni sebab dia dual-sim. maknanya boleh masukkan dua sim dalam 1-1 masa. seronok je. sebab aku ada 2 simkad. bila pakai handphone ni, tak perlu untuk tukar-tukar simkad. masukkan dua-dua, dan kedua-duanya akan hidup. kan senang! bawa 1 handphone bole ada 2 line. huhuhu!



aku selalu kena gelar dengan kawan-kawan aku mat gajet. sebab setiap kali dorang jumpa aku, mesti aku akan ada gajet yang baru. dan sebenarnya aku bukanlah seorang mat gajet. aku sekadar nak cuba pakai apa yang aku tak pernah pakai. lagipon, aku bukannya minat sangat barang-barang yang mahal sangat, yang canggih-canggih sangat ni. tengok dari jauh je la. nak beli tak mampu. atau mungkin satu hari nanti aku dapat beli, aku beli lah. tapi tu lah. sekadar nak merasa. bukannya nak ada sangat pon. ok lah. sekadar itu penceritaan kali ini. (macamlah ada orang baca!)

wassalam

p/s:aku tak suka pakai maxis!!!

aku merindui diriku yang dahulu...

3.01.2011

enough said... T_T

sickOrama

12.08.2010

assalamualaikum

ohhh...
panas...panas...dan panas...
sejak aku balik rumah ni, cuaca makin membahang. ada lah sehari dua hujan. tapi yang selebihnya sangat-sangat menusuk kelenjar peluh aku. setakat masuk kereta nak pergi makan tengahari sahaja dah boleh membuatkan aku berpeluh seperti berjoging 3 pusingan tasik permaisuri tu.

ditambah pula sekarang ni badan aku yang tak berapa nak sihat. aku dapat rasakan salah satu sebabnya adalah perubahan suhu yang ketara antara umah aku dengan tempat aku belajar. kat sini siang bahang, malam pon bahang.

gabungan selesema, batuk dan sakit tekak memang terbaik. ia seperti makan aiskrim yang dibalut roti dan ditabur dengan kekacang. ohh...alangkah seronoknya dapat menikmatinya.

tapi sebenarnya apa yang aku nak cerita ni adalah sedikit sebanyak tentang sakit.
sebenarnya sakit itu bukanlah suatu musibah untuk kita. tapi sebenarnya adalah nikmat. kenapa nikmat? sebab dengan sakit ni, Allah sebenarnya sayang kita dan bagi peringatan kepada kita untuk lebih mengingati Nya. dan mungkin aku dah banyak melupakan Allah dan Dia nak aku ingat pada Dia selalu dan bukannya masa sakit dan musibah sahaja. oh Tuhan, ampunilah hambamu ini...

wassalam

bujang perantau...

11.19.2010

assalamualaikum

sempena hari raya aidil adha, aku hanya mampu dedikasikan lagu ini untuk kawan-kawan, sanak saudara dan keluarga terchenta. walaupon aku hanya ada pada bahagian awal dan akhir, tapi cukup lah sekadar menyelit bagi video ini. kira pelakon tambahan gak apa. oklah. nikmatilah!



video ini dibuat oleh junior aku kat sini. dorang memang takde kije time raya. biasa lah. wakakakka!
papepon, terima kaseh bak!
http://bakrihafizhisham.com

oh mIRC-ku...

11.03.2010

aku punya sejarah. semua orang punya sejarah. dan setiap sejarah pastinya berbeza-beza dan sejarah itulah yang membentuk kita menjadi kita sekarang ni. tak kesah la benda kecil ke besar ke. tapi ia masih menjadi suatu faktor yang kuat untuk membentuk peribadi ataupon siapa kita untuk masa sekarang.

waktu aku sekolah rendah, bapa aku kerja shift. kerja ni die takda masa yang tetap untuk bekerja tetapi ada 3 pilihan waktu. kira ada shift pagi, petang dan malam. kerja shift ni tak ikut hari. kadang-kadang hari ahad pon kena kije. camtu lah gamaknya kerja shift. ok, berbalik kepada cerita aku. selalu kalau bapa aku kerja shift malam, dan hujung minggu, beliau akan bawa aku ke pejabat untuk teman tido la kononnya. tapi ada lah juga orang lain yang kerja shift sama sebenarnya.

bila dah ikut bapa aku pergi pejabat dia, mestilah dia buat kerja dia. tapi aku buat apa? sememangnya lah main internet percuma. lagipon laju kot internet kat pejabat ni. bila dah bosan, aku akan pergi ke komputer-komputer yang terbuka dan main game. kerap juga lah aku ikot bapa aku pergi pejabat dia. kemudian, aku pon berani lah buka komputer-komputer yang ada kat pejabat tu. saja-saja cari game yang best boleh aku main.

majoriti komputer yang aku buka semuanya ada mIRC. mula-mula aku tak tahu apa itu mIRC. kemudian aku tengok la abang-abang ngan akak-akak tu maen. bila dah lama perhatikan, baru lah aku tahu apa benda mIRC tu sebenarnya. ia sebagai alat berbual yang aku boleh katakan paling maju lah ketika itu. kemudian aku pon suruh lah abang-abang ngan akak-akak tu ajar aku main benda tu. masa tu memang merepek-repek lah main. tak faham sangat apa kebendanya benda tu.

bila dah besar sikit, aku pon dah mahir main mIRC tu. dapat banyak gak kawan-kawan bual kat mIRC. dan ada yang sekarang ni, kawan-kawan tu aku masih berhubung walaupon dah tak pakai mIRC. makin maju dah sekarang kan. aku siap dapat abang angkat kot dalam mIRC tu. dan kami pernah jumpa. sekarang ni abang angkat aku tu dah siap ada 2 orang anak yang mana waktu aku kenal die tu die masih bujang. kawan-kawan yang aku kenal dekat mIRC ni aku jarang sekali jumpa dorang. jap, tak pernah kot jumpa dorang. walaupon sekali. tapi kami boleh dikatakan rapat sebab banyak kongsi pengalaman dan kehidupan masing-masing.

antara nickname aku yang pernah aku pakai adalah LaWKEy yang mana aku ambil daripada majalah gempak dari karektor Lowkey. aku hanya ubah O kepada A untuk menjadikan ia sebagai hasil ciptaan aku. kononnya lah. kemudian aku ada pakai nickname tRiple_h juga. dan paling terakhir aku pakai nickname TheKingOfMasterMind sebab aku terpengaruh dengan kuiz-kuiz dalam mIRC tu. yang aku suka pasal mIRC ni adalah, nickname kita ni boleh didaftar. kira macam ID kita kat email. cuma daftar ID ni tak perlu email-email tu. sekadar buat dekat mIRC tu je.

aku perlahan main mIRC ni sejak masuk tingkatan 4 yang mana aku kena duduk di asrama. itupon curi-curi main kat bilik komputer sekolah. tapi kalau balik rumah, aku masih ketagih main mIRC. mencari kawan-kawan baru. dan yang bestnya, aku jumpa kawan kelas aku dalam mIRC. walaupon aku jarang bercakap dengan dia kat kelas. tapi kami ok je.

bila dah semakin dewasa ni, aku dah tak main mIRC sebab dah ada banyak lagi program-program ni. macam Yahoo Messenger ataupon Skype. tak kurang juga Gtalk. tapi program-program ni sebenarnya sama saja fungsinya. untuk chatting. dekat U pulak, aku sering dilabel oleh kawan-kawan sebagai kaki chat. kenapa? kalau pergi tempat aku je, chatting punya windows yang banyak terpampang dekat monitor. setiap kali!

sebenarnya, aku dapat rasakan yang hidup aku ini terlalu mengadap komputer. dan bukannya mengadap orang. oh, baru aku sedar kenapa mata aku rabun. selalu mengadap komputer. dari kecil kot. dan juga aku ni jenis pendiam. sebab aku banyak 'cakap' dekat chatting dan bukannya pada dunia yang nyata. kira aku bukanlah 'mesra rakyat' orangnya. sekadar cakap bila perlu. tapi kan, ada je kawan-kawan aku cakap aku ni baik dalam chatting. maksud aku adalah aku ni lebih senang didekati kalau dalam chat. dan bukan pada dunia sebenar. ye, aku akui. kalau kat luar aku memang susah nak didekati sebab muka aku yang garang (padahal aku buat biasa je) dan cara aku berbahasa. dalam chatting takda keluar suara. mahupon intonasi perkataan yang keluar. jadi lebih mesra lah gamaknya.

bagi aku, main mIRC bagi aku jumpa kawan-kawan yang sampai sekarang aku masih kawan walaupon tak pernah berjumpa. dan aku sukakannya. dan yang paling penting, menjadikan aku seorang kaki chatting!

wassalam