konvoi raya

12.11.2007


bismillah

studio-studio-studio…kadang-kadang ia sangat-sangat memeningkan.apatah lagi memenatkan.kitorang dah jadi cam zombie bila submission final projek.kitorang akan jadi seperti mayat hidup.tidur akan jadi tak menentu.makan tak basah.mandi tak lena dan tidur tak kenyang.memang sakit.nak buat camne ek?kata hidup sebagai budak senibina.tu la realitinye.hahaha!!!

kali ni aku nak kongsi pasal konvoi yang kitorang buat menjelang submission atas dasar ketensenan yang meluap-luap.sangat-sangat tensen beb.sebenarnye waktu tu masih lagi dalam bulan syawal.bermakna hari raya ada lagi.jadi,kitorang cadangnya nak pergi umah pensyarah studio kitorang.kiranya jamuan perpisahan la sebab waktu t pon studio dah nak abes.tu yang rasa-rasa nak pergi umah dia.nama die En. Rashidi.dia baru je abes amek pekse nak dapat Ar yang bermaksud arkitek.kiranya nanti dia bole tanda tangan untuk meluluskan sesuatu projek.tapi nak dapat benda tu sebenarnya susah.banyak la ciri-ciri khas yang perlu lulus untuk dapatkan gelaran tu.

Kitorang pergi umah pensyarah tu naik moto.ada 5 moto semuanye.semua budak-budak aku ikut.kira masing-masing membonceng.mmg seronok la.naik moto ramai-ramai la katakan.rumah dia tak jauh pon dari UTM terchenta tu.dalam 10 minit pon ley sampai.yang bestnya waktu konvoi tu,ada je masalah yang timbul.rasa cam klaka je.

ni waktu mula-mula kitorang berkumpul seblum bertolak ke umah pensyarah.
kitorang beratur tu nak tangkap gambar sume.masing-masing muka tengah gumbira nak pergi raya.
mana taknya.makan kat sana sure percuma.pastu pensyarah kitorang memang wat khas
makanan tu untuk kitorang saja.sronok gile ar.



masalah pertama yang timbul waktu tu ialah waktu isi minyak.member aku sorang ni pinjam scooter.boleh dikatakan tak pernah la buka tangki isi minyak.kitorang semua pon bukannye penah buka-buka tangki scooter.almaklumlah masing-masing takde motor.sume tu pinjam.
bukannya motor sendiri pon.hahahaha!!!

ni aku tengah isi minyak.member aku la jadi paparazi menangkap gambar aku.tengah isi minyak je pon.
bukannye buat benda tak elok.hahaha!!!

ni plak kesusahan kawan-kawan aku nak buka tangki scooter.
korang tengok la camne seksanye dorang nak buka tangki tu.agak-agak dalam 10minit la
kitorang terkandas kat petronas tu.gara-gara nak buka tangki minyak scooter tu.susah gile.
ada gak member aku rakam aksi-aksi nak buka ni.korang layan jela kat bawah ni.

ni kitorang dah sampai umah pensyarah.masing-masing nak park moto kat dalam.dah dipaksa oleh dia.
takkan nak melawan kot.lagipun lagi selamat kat dalam.hujan pon tak kena.ngeh3

ni makan sama-sama ngan dia.sambil-sambil makan tu,buat gak lawak.memang layan ar...

sampai-sampai je kitorang kat umah dia,trus diajaknye makan.uish...kitorang bab-bab makan ni memang seronok.ni semua gambar-gambar kitorang tengah mencekik.sedap wo.nasi lemak tu.siap sambal sotong,sambal udang,sambal ikan bilis.pastu ada ayam goreng.pergh...mmg layan la.tapi ada sorang member aku die bole plak puasa sunat.kira puasa sunat 6 la.dah la hari terakhir syawal.memang dia lepak-lepak kelaparan la kat tepi.tengok je kitorang makan.hahaha.sian kat aizol.tu la.tangguh-tangguh lagi pose sunat tu.kan dah kena.lengkali benda baik ni kena cepat-cepatkan.hahaha!!!


ni la aizol.tengah menunggu azan maghrib.nak berbuka la maknanye.hahaha.kena la buka sorang-sorang.kitorang dah abeskan makanan tu.padan muka ko.ngeh3

lepas makan ha.tengah lepak-lepak.kasi makanan tu mendap sket.sambil-sambil borak
ngan pensyarah kitorang.kira saat-saat terakhir bersama la.hehehe

lepas solat maghrib secara berjemaah kat umah dia.kitorang tengok hasil-hasil kerja dia waktu
die blaja ngan lepas blaja.kata arkitek kan.macam-macam la bangunan die buat.die penah keje ngan hijjaz kasturi tu beb.jangan xpercaya.ngeh3


ni tengah syok mendengar taklimat.cewah.dia crite la skit-skit tentang sejarah penglibatan awal
dalam dunia senibina.tu plan rumah bangalow.dia design...


sebenarnya konvoi raya ni panjang.aku cuma cerita waktu awal-awal konvoi je.sebab hari tu,kitorang pergi open house member.tapi jauh.bapak jauh.pastu banyak gak la benda-benda yang sakit hati berlaku.tu yang malas nak tulis.memang tak cukup kalo nak tulis kat blog ni.kang marah plak blogger ni.hahhaa.ok la.setakat ni dulu untuk kali ni.lengkali aku tulis lagi.sekian,wassalam...

mmsyah
0850
11122007


No comments: