mari belajar bersama pali...

12.13.2009

assalamualaikum....

cuti adalah cuti...
aku dah bosan sangat cuti,jadi aku pon mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat perkara yang berfaedah.

berbekalkan ilmu yang diturunkan pali kepada aku, aku pon mencuba nasib untuk menjadi yang terbaek. tapi pali lagi terbaek la. siap ley wat timbul-timbul. apatah lagi kalo wat cam aku ni. pastinya beliau buat dengan tenang dan bersahaja. nama pon cikgu. papepon trima kaseh la kat pali kerna menjadi cikgu buat aku. maaf sekiranya anak muridmu ini banyak bertanya. aku hanya mempraktikkan kata-kata "malu bertanya sesat jalan" walaupon sekarang ini ada google. nikmatilah hasil kerja aku yang tak berapa nak berhasil...

wassalam...






top of the world

11.23.2009

aku teringat lagu ni waktu google kat youtube
first time aku dengar waktu kat english camp waktu sekolah teknik
aku pon tak tao kenapa aku suka lagu ni...

top of the world - the carpenter

such a feelings coming over me
there is wonder in most everything i see
not a cloud in the sky
got the sun in my eyes
and i wont be supriesd if its a dream

everything i want the world to be
is now coming true especially for me
and the reason is clear
its because you are here
you're the nearest thing to heaven that i've seen

i'm on the top of the world looking
down on creation and the only explanation i can find
is the love that i've found ever since you've been around
your love's put me at the top of the world

parti liar katanya...

11.21.2009

"parti lear!!!" haidar punya idea
"aku nak bbq je" ipoh pon bersuara
"aku tak kesah" azim dengan selamba
"terbaek!" caom dengan semangatnya
"siput...siput...siput..." anep mengigau
"semat!" aku pon berkata

setelah bersusah payah (susah ke?) menjawab soalan dan menghadapi portfolio yang agak menyakitkan jiwa dan raga, aku dengan kawan-kawan telah pergi pantai untuk menghiburkan hati yang lara ini.

lama juga la aku ni tak mandi kat laut. alih-alih kawan aku ni ajak pergi mandi laut. aku dengan tidak ada alasan untuk menolak, dengan cepat menerima perlawaan beliau. ipoh ni la beria-ia ajak. aku pon ok je. tak de hal katanya...

lama gak la perjalanan nak pergi ke laut ni. biasa la kan, benda yang seronok kena la sabar. maonya 3 jam perjalanan dari skudai ke mersing. ikot jalan lama katanya. jimat!. aku naek dengan azim ngan anep. tak banyak benda borak. tapi kadang-kadang riuh gak tengok pemandangan sekeliling yang agak tak pernah nampak.

aku malas sebenarnya nak cite sume. panjang benor. cuma, ada la sisipan gambar yang sesuai ditatapi oleh semua lapisan masyarakat...



gaya yang tengah tu xbule blah.bajet tough la?
semua yang g bawa kete warna itam.suratan atau kebetulan?

ni la ketua rombongan.ada ciri-ciri kepimpinan tak?

ni la kije anep.dua kali percubaan untuk dapatkan hasil laut ni.

ni pon dua kali percubaan daripada azim.tapi sampai skrang aku tak tahu sapa esar.

ni didedikasikan kepada persatuan trex dari ahli-ahlinya(walaupon yang buat tu bukannye semuanya ahli trex)marah abang presiden...

aksi-aksi hebat mereka dalam membentuk suatu semangat berpasukan...

ni lah barisan yang melawan ombak!

ni plak percubaan caom yang kali ke dua.hebat kan beliau?

kamehameha azim yang tak cukup tenaga...

azim bertemu rakan baru kat pantai...

ni lah hasil pemindahan tenaga azim daripada kawannye di pantai. kamehameha beliau telah menghancurkan sebuah pulau yang berada disekitar pantai...
dan ini untuk awak dari saya... ^_^
p/s:
1."tiada majlis agama islam yang datang untuk menerjah kami. kami hanya buat parti lear dan bukannye parti gay" haidar dengan tegasnya
2."aku nak buat keychain la sipot ni" anep menjawab pertanyaan aku sebab pe die bersungguh-sungguh nak kutip sipot
3."terbaek kan ombak tu?" caom tak abes-abes cakap benda ni dari awal sampai pantai sampai la ke kolej kediaman mahupon di studio
4."balek ni ley speed!" ipoh dengan bangganya
5."macam cite baywatch" pengunjung tegar pantai air papan tentang gaya azim mandi
6."kepala aku sakit" time nak minta minyak angin kat haidar...

penyesalan

kadang diri ini terasa
tentang kehidupan selepasnya
mungkin tidak bersedia
untuk pergi menemuiNya
terlalu banyak dosa
seringkali ku alpa
tentang pembalasanNya
pada hari pengadilan sana
aku hanya insan cuma
inginkan keredhaanNya
ya Tuhan, Maha Ampun
aku inginkan keredhaan
dan juga keampunan
berikanlahku kekuatan
untuk menerobus sebuah kehidupan
demi suatu penghidupan
yang tidak akan ditelan zaman...

joke!

11.20.2009

assalamualaikum...

lama sudah tidak menulis...
penat la.asik tdo je.mana taknya ujan manjang.aku kalo masa-masa ujan ni la tdo.kalo tak tdo,makan.kalo xmakan,tdo lagi.tu je yg termampu...

adehhh...
masa-masa ujan ni la aku sakit gak.bernafas ikot molot.semat dowl...wakaakkaka
baru segar sket.bersih sket idung.
ishh..
pe la aku merepek ni...
jumpa lagi...

wassalam

and the truth is...

10.04.2009

i think i would rather called myself as a maintainer...
i think i am the person that i was on 5 years back...
and i am maintained to be that way...
no changes,no upgrades,no nothing...
just the same old me...

care enough?

9.14.2009

so be it...
(^_^)

sometimes...

8.21.2009

kadang-kadang...
aku rasa aku sangat jauh...
menerobos jauhnya bumi dan bima sakti ini...
hummmm...

fire!!!

7.27.2009


nak dijadikan cerita...
aku selamatkan member aku dari kena kacau kat kl waktu buat lawatan tapak...
pastu aku ditumbuk.pastu mata aku pon merah...
tapi aku pon sempat merahkan mata si penyerang.hamek sebijik!
wakakakakak...


firee!!!
buzzz....
buzzz....

p/s:penceritaan adalah rekaan semata-mata.janganlah percaya...

wooo....

6.30.2009

assalamualaikum...

alhamdulillah...
selesai sudah laporan latihan praktis...
ingin berganjak ke semester baru!

wassalam

mana lebih teruk?

6.08.2009

assalamualaikum...

1.buka aurat?
2.makan makanan tak halal?

antara 2 perkara itu, manakah yang lebih teruk?

antara persoalan yang aku dapat sewaktu sertai suatu program. mungkin persoalan ini akan menimbulkan lagi banyak persoalan. bukan mungkin, tapi pastinya akan menimbulkan lagi tanda tanya. jika persoalan timbul, maka diri anda perlukan suatu kefahaman yang lebih mendalam tentang nya...

contoh soalan ni boleh aku gambarkan dalam suatu situasi...

"alhamdulillah, kami selamat sampai di Perth untuk menjayakan rakaman rancangan jalan-jalan di Australia. Semua hal-hal pelancongan seperti penginapan dan makanan halal telah dapat dicari" celoteh seorang artis wanita dihadapan kamera sambil rambut beliau mengerbang ditiup angin pantai...

manakah yang lebih penting? mencari makanan halal atau menutup aurat?
iya, memang mencari makanan halal itu penting. tetapi kan lebih elok jika seorang muslim atau muslimah itu menutup aurat dan mencari makanan halal?kerna fitnah-fitnah seseorang yang tidak menutup aurat itu lebih besar impaknya kepada masyarakat. tetapi bukan aku mengiyakan untuk seseorang mengambil makanan tidak halal. yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. tetapi seeloknya kita yang mengakui seorang yang muslim & muslimah perlulah melaksanakan tuntutan agama dengan sebaiknya...

surah al-ahzab ayat 59

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah (SWT) Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”



wassalam

nota kaki : maaf. entry ini aku spesifikkan kepada golongan perempuan sebab dah terlalu jelas sekarang ini.



aku tidak sehebat mana...

6.02.2009

Aku tidak sehebat mana . . .

Aku mengenali beberapa peribadi yang sangat aku kagumi. Aku katakan mereka adalahi ndividu-individu yang hebat. Individu-individu yang faham dengan perintah dan larangan ALLAH swt. Individu-individu yang begitu komited dengan ajaran agama dan kehendak agama. Aku bersyukur kerana dalam kesempatan hidup ini berpeluang untuk mengenali dan bersahabat dengan mereka. Ingin aku ambil satu contoh di sini.

Dalam hal pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Kita jelas dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadith yang menyuruh manusia agar menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Aku tidak ingin menyebutnya satu persatu di sini (actually tidak berapa ingat)

Dalam pada itu ada juga suruhan kepada amar ma’ruf wa nahyu mu’kar. Yang meletakkan kewajipan atas setiap Muslim mengikut kemampuan mereka. Dan suka juga aku tegaskan bahawa ia juga bergantung kepada tahap keimanan seseorang individu.

Aku timbulkan dua hal ini untuk menggambarkan bahawa keimanan yang mantap dalam diri seseorang individu akan menyebabkan dia tidak mampu untuk berdiam diri apabila berlaku kemaksiatan atau sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Islam. Jiwanya akan bergejolak untuk menentang kemungkaran tersebut. Jiwanya tidak mampu untuk bersabar dan berkompromi dalam hal-hal seperti ini. Keimanan yang sedemikian akan menghasilkan tindakan yang selaras dengan kehendak Islam. Namun begitu aku sudah cukup kagum dengan peribadi yang hatinya tidak akan tenteram apabila melihat perkara maksiat. Sesungguhnya membentuk hati yang sensitif dengan hal-hal kemaksiatan bukanlah perkara yang mudah. Dan itulah antara ciri yang ada dalam diri individu-individu yang aku kenali apabila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Sesungguhnya keimanan mereka sangat hebat.

Maksiat yang ingin aku fokuskan di sini adalah perbuatan couple antara lelaki dan wanita dan yang belum mempunyai ikatan yang sah.



Tetapi, aku tidak sehebat mana . . .
aku tidak sehebat mereka . . .

Perasaan marah dan geram itu tidak mampu wujud dalam diri aku. Aku pasti kerana lemahnya iman yang membentengi diri aku. Aku sebaliknya merasa cemburu kepada pasangan kekasih yang berjalan berpegangan tangan dengan penuh mesra. Aku mencemburui pasangan kekasih yang ada tempat untuk mereka bermanja dan bergurau senda. Ada tempat untuk masing-masing meluahkan perasaan dan menghilangkan kesedihan yang di alamai. Aku cemburu apabila melihat pasangan yang begitu mesra membonceng bersama atau berjalan dengan kepala melentok ke bahu pasangannya. Aku cemburu apabila melihat mereka berbicara dengan kata-kata romantis dan begitu mengasyikkan. Dan aku pasti suasana itu sungguh menggembirakan. Dan secara tidak sedar aku sebenarnya ingin untuk turut melakukan hal yang demikian.

Aku pasti dengan rupa yang aku miliki, aku mampu untuk mempunyai pasangan. Aku pasti dengan kedudukan yang aku miliki, aku mampu untuk menambat hati seseorang. Aku pasti dengan sifat caring dan sedikit humor dalam diri aku, mampu untuk aku merapati seorang gadis untuk aku jadikan teman. Mudah untuk aku katakan adalah semuanya cukup pada diri aku untuk aku melakukan hal seperti mereka, bahkan lebih baik lagi.



Walaupun aku tidak sehebat mana, tetapi aku bukanlah selekeh sangat . . .

Tetapi keinginan dan kecemburuan, di tambah dengan kelebihan yang aku miliki belum cukup kuat untuk aku teruskan usaha aku. Bukanlah tertahannya niat aku itu kerana bentengan iman yang kuat dalam diri aku sehingga mengikis sifat-sifat yang telah aku sebutkan di atas.
Bukanlah juga tertahannya niat aku itu kerana kekurangan pada diri aku yang membuatkan aku tidak mampu memiliki teman. Sesungguhnya, INGIN AKU TEGASKAN DI SINI bahawa niat aku itu tertahan hanya kerena PERBUATAN ITU TIDAK DI BENARKAN OLEH ALLAH SWT. HANYA KERANA LARANGAN ITU!!!. Atau untuk lebih mudah difahami, sekiranya perbuatan itu tidak menjadi larangan, maka aku pasti telah melakukannya. Dan tidak cukup sekadar itu, aku pasti akan menjadikan diri aku sebagai contoh ikutan orang lain. ‘Malangnya’ perbuatan itu telah termaktub sebagai LARANGAN DARI ALLAH SWT dan aku akan terus komited untuk tidak melakukannya HANYA KERANA LARANGAN ITU . . . Dan semua keinginan dan kelebihan yang ada pada diri aku belum cukup kuat untuk aku menentang larangan tersebut .
. .



DAN AKU TIDAKLAH SEHEBAT MANA
. . . untuk menentang larangan tersebut . . .


wassalam


nota kaki : entry ni aku amek dari blog friendster aku.sama sebenarnya.cuma...

haa....

5.13.2009

assalamualaikum...

sudah lama tidak berblog.
rasa ingin menulis panjang.
tapi tiada idea yang melekat...
hanya sekadar untuk pemberitahuan...

aku sekarang sedang berlatihan praktis...
dekat je ngan rumah...
sekian...
wakakkaka...


wassalam

nota kaki : jangan ditanya kat mana.harap maklum...

dah merebak...

4.19.2009

assalamualaikum...

perghhh...abes la idop ak. ni sume tenet punya pasal. semenjak 2 menjak ni ak dah terjebak dengan menatang jaringan soSIAL ni. muka buku ni sangat2 merbahaya. menjadikan ak seperti mayat hidup! sapalah yang wat muka buku ni. adeh...

ke ak yang terlebih syok main muka buku ini?kenapa?kenapa??!!!kenapa ak ley terjebak ni?hahahha...tapi bab yang paling suka dengan muka buku ni adalah kita bule suke dekat kuiz yang kawan2 kita jawab.macam iklan digi dekat sinarfm tu... i like!

abes la idop ak...abes!!!

wassalam...

nota kaki : tolonglah sy. sy dah tak mampu menghalangnya... waaa..... T_T padahal maen gak menatang tu. sebab syok sangat...wakakkaka!

sila-sila...

4.01.2009


semenjak 2menjak ni, aku kena promote SUKAM 17 kat 1 u. jadi kena la wat iklan-iklan sket yang mana aku jadi ajk montaj. padahal tak reti pon wat montaj.hahaha! aku handle blog ngan laman web je sebenarnya. yang multimedia lain tu ajk lain la jaga. tapi tu pon sama je ngan aku. unit yang sama la kiranya. jadi jangan lah segan-segan nak singgah kat sana ye. trima kaseh!

wassalam

p/s: aku ni xde la terer sangat nak wat blog2 yang power. tapi aku cuba la kan. hahaha!

it shall exist...

3.28.2009


marilah kita sama-sama nantikan kemunculannya...hahaha!

Laman web rasmi SUKAM 17

Blog rasmi SUKAM 17

idop!

3.23.2009

"bro, ko rasa ko nak jadi pe lepas blaja ni?"tanya Mazlan

"hummm, aku ingat nak jadi jutawan la. kasi duit banyak2,pastu ley beli macam2."jawab Aidil

"pas beli macam2 ko nak watpe?"betah Mazlan

"hummm....bule bangga2 ke.hahaha.xdela...enjoy la kot."selamba Aidil

"ohh.kalo aku tanya ko pe matlamat hidup ko, mesti ko nak jadi jutawan kan? pe yang ko rasa dengan jadi jutawan, ko rasa tu ke matlamat hidup yang mutlak?" Mazlan kasi soalan trick...

"hummm...ye tak ye gak. cam terbatas je. abes tu, pe matlamat dan tujuan hidup ko? Aidil persoalkan....

aku saje je buat dialog ni. kadang-kadang aku ada terfikir tentang tujuan dan matlamat hidup aku kat dunia ni. maksud aku, selain aku belajar nak dapat keje tu sume tak kan benda tu je yang aku nak capai?cam tak logik je. sebab matlamat tu cam terbatas untuk diri kita sebagai seorang manusia. kemudian apa jadi plak kehidupan kita lepas mati?haa...tu la persoalan yang nak kita cari...

sebenarnya aku dah ada jawapan untuk persoalan tu. saja nak kongsi. kita sebagai seorang muslim, orang Islam yang dah mengakui Allah sahaja sebagai Rabb kepada kita sepatutnya penyerahan kita hanyalah pada Dia. dan dari kenyataan ni boleh disimpulkan bahawa tujuan hidup kita hanyalah untuk beribadah kepada Nya. selain itu, tugas khalifah juga terletak dibahu kita sebagai seorang muslim untuk mengislahkan dunia ini dengan keindahan Islam.

jawapan ni bukannya aku reka-reka sendiri. aku dapat dari kitab kita yang menjadi panduan hidup kat dunia ni iaitu al-Quran. dari surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud...

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahu apa yang kamu tidak ketahui"

dan dari surah At-Tur ayat 56 yang bermaksud...

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku

sebagai seorang muslim yang akui tentang kenyataan diatas, semestinya al-Quran menjadi panduan hidup kita disamping al-Hadith.

aku kat sini bukannya nak tolak bulat-bulat tentang impian hidup. tapi hakikat sebenar kita dihidupkan adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah. dan sebagai hamba, terdapat garis panduan yang dah dibuat oleh Dia untuk kita ikut...

wassalam...

p/s: why so serious?hahahhaa!terserius la...ni sebenarnya sekadar penceritaan yang kasar. aku perlukan perincian untuk topik ni sebenarnya. saja mencetuskan tanda tanya...

teringat...

2.06.2009

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...
teringat lagu ustaz aku suka nyanyi waktu perhimpunan...


umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh...


wassalam... (^_^)

p/s:trima kaseh ustaz khaspi!

aku lagi jahat...

1.28.2009

bismillahirrahmanirrahim...

ini cerita yang aku dapat waktu jaulah.terimalah...cewahh...

nak dijadikan cerita lah, disebuah kawasan, terdapat 3 pemuda sedang melepak. topik yang dorang bualkan adalah siapa paling jahat antara 3 orang itu. mulalah dengan perbincangan mereka2 itu dengan hangatnya...

"aku lah jahat" mula si A

"yo ooo je ko A. dah tentu aku lagi jahat" betah si B

"tak dapat la korang. aku la yang paling jahat" selit si C

bualan dorang semata-mata pusing ke situ. tak kemana pon. lama juga la pusing-pusing tang tu. kendian si B ni dah naik bosan...

"asik borak je. cuba la buat sket apa yang ko cakap tu.baru serupa bikin..." si B mencabar

kebetulan dekat kawasan yang dorang lepak-lepak tu lalulah seorang gadis manis. tetiba je si A ni pergi kat gadis manis itu dan tackle dia.(bukan ngorat) lalu jatuh la si gadis manis itu. pas je jatuh, dia pukul-pukul plak. ditambah lagi dia sepak-sepak gadis tu. si A ni brenti bila dah puas. kemudian pegi ke tempat dorang mula-mula lepak dan berlagak...

"tengok, aku dah buktikan yang aku jahat. korang tengok la aku dah pukul minah tu sampai lebam-lebam. satu badan plak tu. wakakakka!!!"

belum abes je si A gelak jahatnya, si B ni dah kat atas badan gadis tak bermaya tu. dia pon memulakan operasi jahat dia. si B ni pon memperkosa lah gadis malang itu dengan tidak ada perikemanusiaan langsung. dengan rakusnya si B ni buat gadis tu macam kanak-kanak baru jumpa mainan. lepas puas nafsu serakah dia, si B ni pon bunuh terus gadis itu...

kembalilah si B ni ke tempat dorang berborak tu. kemudian si B ni pon belagak la...

"ha..kan ak cakap aku lagi jahat...wakakkaka!!!"

si A ni terkejut dengan perlakuan si B ni. dan dia pon akuilah yang si B ni lagi jahat daripada dia.

"korang tao tak yang korang pukul,perkosa ngan bunuh tu sebenarnya adik aku..." si C mencelah gelak tawa si B.

tergamam si B dengan gelak tawanya. si A pulak terperanjat akan pengakuan si C.

"ko memang JAHAT la C..." serentak A dan B menjawab...

dengan muka bangga, si C ni pon melebarkan senyuman dia...

-tammat-

cuba korang fikir yang...

A=Amerika

B=Israel

C=Umat Islam

sebenarnya ceritera ini nak aku kaitan dengan isu palenstina. apakah sensitiviti kita sebagai umat Islam tentang penyeksaan yang diterima oleh saudara-saudara kita disana?adakah kita sekadar tahu?ataupun saja buat-buat tak tahu?mungkin diri sendiri ada jawapannya...

wassalam

kenapa?

1.12.2009

Assalamualaikum,

Aku dah tak tahan!kekejaman israel ini memang melampau...
pandangan dunia tentang perjuangan rakyat palestin telah disalah ertikan....
hurrmmm.....

Ikhwah-akhawat terutama mereka yang terjun ke tengah masyarakat menjelaskan isu Gaza. Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata:

No 1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

No 2. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

No 3. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.

No. 4. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

No. 5. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

No. 6. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.

Sekian. Bersedialah untuk menjadi jurucakap Hamas, Jangan biarkan media mempengaruhi panangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza. -Courtesy of Hafidzi MN



Wassalam


p/s: tatapan keganasan yang dilakukan oleh rejim zionis!
http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/
Allahuakbar!