sickOrama

12.08.2010

assalamualaikum

ohhh...
panas...panas...dan panas...
sejak aku balik rumah ni, cuaca makin membahang. ada lah sehari dua hujan. tapi yang selebihnya sangat-sangat menusuk kelenjar peluh aku. setakat masuk kereta nak pergi makan tengahari sahaja dah boleh membuatkan aku berpeluh seperti berjoging 3 pusingan tasik permaisuri tu.

ditambah pula sekarang ni badan aku yang tak berapa nak sihat. aku dapat rasakan salah satu sebabnya adalah perubahan suhu yang ketara antara umah aku dengan tempat aku belajar. kat sini siang bahang, malam pon bahang.

gabungan selesema, batuk dan sakit tekak memang terbaik. ia seperti makan aiskrim yang dibalut roti dan ditabur dengan kekacang. ohh...alangkah seronoknya dapat menikmatinya.

tapi sebenarnya apa yang aku nak cerita ni adalah sedikit sebanyak tentang sakit.
sebenarnya sakit itu bukanlah suatu musibah untuk kita. tapi sebenarnya adalah nikmat. kenapa nikmat? sebab dengan sakit ni, Allah sebenarnya sayang kita dan bagi peringatan kepada kita untuk lebih mengingati Nya. dan mungkin aku dah banyak melupakan Allah dan Dia nak aku ingat pada Dia selalu dan bukannya masa sakit dan musibah sahaja. oh Tuhan, ampunilah hambamu ini...

wassalam

bujang perantau...

11.19.2010

assalamualaikum

sempena hari raya aidil adha, aku hanya mampu dedikasikan lagu ini untuk kawan-kawan, sanak saudara dan keluarga terchenta. walaupon aku hanya ada pada bahagian awal dan akhir, tapi cukup lah sekadar menyelit bagi video ini. kira pelakon tambahan gak apa. oklah. nikmatilah!



video ini dibuat oleh junior aku kat sini. dorang memang takde kije time raya. biasa lah. wakakakka!
papepon, terima kaseh bak!
http://bakrihafizhisham.com

oh mIRC-ku...

11.03.2010

aku punya sejarah. semua orang punya sejarah. dan setiap sejarah pastinya berbeza-beza dan sejarah itulah yang membentuk kita menjadi kita sekarang ni. tak kesah la benda kecil ke besar ke. tapi ia masih menjadi suatu faktor yang kuat untuk membentuk peribadi ataupon siapa kita untuk masa sekarang.

waktu aku sekolah rendah, bapa aku kerja shift. kerja ni die takda masa yang tetap untuk bekerja tetapi ada 3 pilihan waktu. kira ada shift pagi, petang dan malam. kerja shift ni tak ikut hari. kadang-kadang hari ahad pon kena kije. camtu lah gamaknya kerja shift. ok, berbalik kepada cerita aku. selalu kalau bapa aku kerja shift malam, dan hujung minggu, beliau akan bawa aku ke pejabat untuk teman tido la kononnya. tapi ada lah juga orang lain yang kerja shift sama sebenarnya.

bila dah ikut bapa aku pergi pejabat dia, mestilah dia buat kerja dia. tapi aku buat apa? sememangnya lah main internet percuma. lagipon laju kot internet kat pejabat ni. bila dah bosan, aku akan pergi ke komputer-komputer yang terbuka dan main game. kerap juga lah aku ikot bapa aku pergi pejabat dia. kemudian, aku pon berani lah buka komputer-komputer yang ada kat pejabat tu. saja-saja cari game yang best boleh aku main.

majoriti komputer yang aku buka semuanya ada mIRC. mula-mula aku tak tahu apa itu mIRC. kemudian aku tengok la abang-abang ngan akak-akak tu maen. bila dah lama perhatikan, baru lah aku tahu apa benda mIRC tu sebenarnya. ia sebagai alat berbual yang aku boleh katakan paling maju lah ketika itu. kemudian aku pon suruh lah abang-abang ngan akak-akak tu ajar aku main benda tu. masa tu memang merepek-repek lah main. tak faham sangat apa kebendanya benda tu.

bila dah besar sikit, aku pon dah mahir main mIRC tu. dapat banyak gak kawan-kawan bual kat mIRC. dan ada yang sekarang ni, kawan-kawan tu aku masih berhubung walaupon dah tak pakai mIRC. makin maju dah sekarang kan. aku siap dapat abang angkat kot dalam mIRC tu. dan kami pernah jumpa. sekarang ni abang angkat aku tu dah siap ada 2 orang anak yang mana waktu aku kenal die tu die masih bujang. kawan-kawan yang aku kenal dekat mIRC ni aku jarang sekali jumpa dorang. jap, tak pernah kot jumpa dorang. walaupon sekali. tapi kami boleh dikatakan rapat sebab banyak kongsi pengalaman dan kehidupan masing-masing.

antara nickname aku yang pernah aku pakai adalah LaWKEy yang mana aku ambil daripada majalah gempak dari karektor Lowkey. aku hanya ubah O kepada A untuk menjadikan ia sebagai hasil ciptaan aku. kononnya lah. kemudian aku ada pakai nickname tRiple_h juga. dan paling terakhir aku pakai nickname TheKingOfMasterMind sebab aku terpengaruh dengan kuiz-kuiz dalam mIRC tu. yang aku suka pasal mIRC ni adalah, nickname kita ni boleh didaftar. kira macam ID kita kat email. cuma daftar ID ni tak perlu email-email tu. sekadar buat dekat mIRC tu je.

aku perlahan main mIRC ni sejak masuk tingkatan 4 yang mana aku kena duduk di asrama. itupon curi-curi main kat bilik komputer sekolah. tapi kalau balik rumah, aku masih ketagih main mIRC. mencari kawan-kawan baru. dan yang bestnya, aku jumpa kawan kelas aku dalam mIRC. walaupon aku jarang bercakap dengan dia kat kelas. tapi kami ok je.

bila dah semakin dewasa ni, aku dah tak main mIRC sebab dah ada banyak lagi program-program ni. macam Yahoo Messenger ataupon Skype. tak kurang juga Gtalk. tapi program-program ni sebenarnya sama saja fungsinya. untuk chatting. dekat U pulak, aku sering dilabel oleh kawan-kawan sebagai kaki chat. kenapa? kalau pergi tempat aku je, chatting punya windows yang banyak terpampang dekat monitor. setiap kali!

sebenarnya, aku dapat rasakan yang hidup aku ini terlalu mengadap komputer. dan bukannya mengadap orang. oh, baru aku sedar kenapa mata aku rabun. selalu mengadap komputer. dari kecil kot. dan juga aku ni jenis pendiam. sebab aku banyak 'cakap' dekat chatting dan bukannya pada dunia yang nyata. kira aku bukanlah 'mesra rakyat' orangnya. sekadar cakap bila perlu. tapi kan, ada je kawan-kawan aku cakap aku ni baik dalam chatting. maksud aku adalah aku ni lebih senang didekati kalau dalam chat. dan bukan pada dunia sebenar. ye, aku akui. kalau kat luar aku memang susah nak didekati sebab muka aku yang garang (padahal aku buat biasa je) dan cara aku berbahasa. dalam chatting takda keluar suara. mahupon intonasi perkataan yang keluar. jadi lebih mesra lah gamaknya.

bagi aku, main mIRC bagi aku jumpa kawan-kawan yang sampai sekarang aku masih kawan walaupon tak pernah berjumpa. dan aku sukakannya. dan yang paling penting, menjadikan aku seorang kaki chatting!

wassalam

jiwang...

11.01.2010

oh...
minggu ni terasa sangat jiwang...
tak tahu mana datang kisah-kisah ini datang...
tapi,biar lah...




p/s:thesis crit,mampus lah aku!

woha!

10.14.2010

assalamuaalaikum

alhamdulillah...
setakat ini crit aku sume kena tibai...
dan aku terlalu mencintai thesisku...
trima kasey...!

9.30.2010

assalamualaikum...

minggu ni sangat padat!
-thesis crit
-professional practice presentation
-meetings
-archiweek!
arghhhh...terpaksa gak tempuhi onak ranjau berduri!

production...

9.03.2010

assalamualaikum...

disebabkan dekat dalam cubic aku telah dipengaruhi dengan membuat production, ataupon lebih tepat lagi budak-budak cubic aku ni gila nak buat filem pendek. jadi aku pon terasa tempiasnya.

diorang ada lah buat video intro untuk filem pendek yang akan ditayangkan tidak lama lagi. masing-masing nak tunjuk hebat dan kepakaran. jadi dengan itu, aku pon cuba untuk menyahut cabaran mereka.




aku masih belajar dan ingin belajar benda baharu...
trima kaseh...

wassalam

down to earth...

8.19.2010

assalamualaikum...

merasa seperti berada di atas tanah...



macam biasa...
crit kena tabur lagi dengan panel
tapi aku tahu salah aku
sebab tak jumpa para panel yang bijak-bijak belaka
dan aku memang salah...
(╥_╥)

p/s:maaf panel...

burrrp!

7.28.2010

assalamualaikum...

alhamdulillah...
setelah sekian lama tunggu...
akhirnya gaji dah masuk untuk sekian kalinya...
yea!

wassalam...

belajar...

7.27.2010

assalamualaikum...

dan akhirnya...
aku telah berjaya setup laman web untuk kawan aku...
tapi masih dalam proses...
cuma ia lebih berbentuk blog walaupun ianya adalah laman web rasmi...
takpe lah...
yang penting,aku nak ucap terima kaseh banyak-banyak kepada K kerna mengajar aku camne nak setup benda tu...
begin to explore!

wassalam

p/s:thesis byk lg xsiap... (╥_╥)

pertama!

7.22.2010

assalamualaikum...

baru je lepas crit untuk pertama kalinya bersama-sama 4 panel...
dan seperti biasa,kena tembak bertubi-tubi...
dan aku hanya diam terkaku terkunci mulut...
hanya mendengar apa yang mereka rasakan baik untuk aku...
tapi takpe.aku rasa apa yang mereka katakan itu semuanya btol untuk aku kuatkan thesis aku...
papepon...yang pertama dah setel...
persediaan yang kedua!

wassalam

p/s:trima kaseh panel untuk komen-komen itu! v(^_^)v

oh trima kasey!

6.25.2010

seumur hidup aku
ini yang pertama
handphone aku dicuri
oleh sorang manusia
punyai ciri macam seekor toyol
siap tinggalkan simkad kat atas katil

sila nyanyi mengikut nada ukays-disini menanti disana menunggu(btol ke tajuk die ni?)

aku dedikasikan entri ni untuk pencuri hp ak semalam dengan ucapan,
trima kasey sebab awak tinggalkan simkad ini untuk saya.jika tidak,mana mungkin saya boleh bermesej dengan kawan-kawan saya.saya sangat terharu.terima kasey awak!!!

projek 1 dan 2

6.15.2010

assalamualaikum...
entry kali ni adalah sambungan daripada yang lepas. projek 1 adalah melibatkan kad nama yang memperkenalkan diri aku kepada orang ramai dan projek 2 pula komunikasi grafik yang mana grafik itu sendiri akan berkomunikasi dengan sendirinya. selebihnya, sekadar proses untuk dapatkan hasil...

Untitled-17 copy copy

Untitled-16 copy



Untitled-17 copy



Untitled-2



Untitled-1 copy copy



wassalam
p/s:ah,macam klaka lah plak.wakakakakka!

projek 3

assalamualaikum...
kali ni, aku sekadar nak kongsi pasal apa yang aku belajar waktu semester lepas.
aku amek komunikasi senibina. dalam subjek ni nak cuba kerah otak bagi berkomunikasi secara grafik. aku takda lah hebat mana. cuma nak kongsi je. ala, ni pon blog perkongsian kan...
oh, ni projek yang ke 3 yang mana pelajar dikehendaki mencipta watak superhero hidbrid...macam kereta kan bunyinya?ahh,pedulikkan!

Untitled-9 copy

Untitled-10 copy

Untitled-11 copy

Untitled-15 copy

Untitled-14 copy

wasssalam
p/s:silalah komen.trima kaseh

weakdays...

6.06.2010

assalamualaikum...

minggu ni cam laen sket...
bos hari-hari masak sup...
sup daging ada,sup tulang ada...
mungkin sebab aku tak berapa nak sehat...
bos sangat memahami...
terima kaseh bos!

elaun pon dah masuk...
tiada lagi masalah duit skrang...
tapi lagi dua minggu je nak abes kan praktikal...
kemudian fikir nak sambung...
cuma pening tentang laporan praktikal ngan proposal thesis...
dan juga bagaimana mahu abeskan duit elaun yang banyak ini!(alhamdulillah)

oh,ni antara kerja-kerja aku yang aku buat saja-saja memenuhi ruang masa...
percubaan untuk merender kereta idaman laki-laki...

campur1

3a copy

2a copy

1a copy

ini pula percubaan untuk merender kereta idaman diri sendiri...

campur2

AHAI copy

coope1 copy

p/s:saya suka render!

twilight ZONE

5.20.2010

assalamualaikum...
ni cite lama punya nak kongsi...
dulu-dulu aku penah la berpraktikal...
ini untuk kali yang pertama lah...
macam-macam kije buat...
keseluruhannya bule lah...
buat hati gumbira,walaupon keputusan hanya dapat B...

yang nak kongsi nya adalah walaupon aku hanya bekerja beberapa minggu, tapi gambar aku telah diabadikan dalam laman web ni...
sronok lah juga kan...
sekurang-kurangnya popular jap lah...

cuma aku tak faham apa beza...
practical trainee ngan practical staff...
kira macam aku lebih maju daripada senior aku yang berkekasehkan dengan penolong pengawas sekolah teknik aku dulu?
oh,mungkin editor laman web ini salah paham...
atau mungkin...
xde papelah...

pepahal ada gambar kat bawah ni...
enjoy lah!

zone copy
ini adalah aku yang telah si juru foto wat lawak...
aku pon xtao pesal pe ak gelak...


zone2 copy
inilah beliau...hai dosh...
bila mau kawen ni...
blaja dah abes...
wakakkakaka!

wassalam

p/s:tiada esaimen desain diberikan kepada aku sewaktu berpraktikal disini.agak kuciwa lah sebenarnya.huhuhuhuhuh

ulangtahun kelahiran...

4.25.2010

assalamualaikum...

baru-baru ni, adik aku punya ulangtahun kelahiran sudah datang.
aku ni jenis tak sambut sangat. sebab aku tak berapa suka makan kek.
ianya menggemukkan ye...
tapi kalau macam nak rai-rai kan ni aku agak teruja lah...
cuma aku jarang pon raikan benda-benda gini...
sekadar bersyukur Allah telah panjangkan umur...

waktu dekat sekolah dulu, adalah kawan-kawan aku yang baik hati nak ucap...
oh, lupa. aku ni jenis yang sempoi. sekadar ucapan pon sudah memadai untuk aku sebenarnya.
tapi kalau dapat hadiah tu kira rezki la kan...
skali skala mau lah juga jadi macam kanak-kanak mendapat mainan...



ni muka depan yang dikatakan telah hilang hasil seninya kerna sudah bermaksud lain.hahahha....

takpe.yang penting adalah isi nye. ini lah ucapan yang memang dikatakan menusuk kalbu aku untuk membacanya.takde la tusuk sangat.biasa-biasa je...



dan mungkin aku memang tak suka sangat nak rai-rai ini...
bersyukur sajalah apa yang ada...
orang nak ingat,trima kaseh...
tak ingat pon, trima kaseh juga...
wassalam
p/s:ada gak dapat hadiah.tp camne nak scan?mana muat!dan sila klik untuk gambar yang lebih menyenangkan anda...


dedikasi untuk mu...
selamat hari ulangtahun kelahiran,kak ngah!
nur zafirah bte abd hashim


kosong...

4.24.2010

assalamualaikum...

aku,
terasa kosong,
walaupun penuh dengan kerja,
yang bertimbun kat pejabat.
walaupun penuh jalan,
dengan kereta yang berduyun laju.
walaupun penuh perut,
dengan makanan yang bos belanja.
walaupun penuh masa,
aku diisi dengan aktiviti.
walaupun penuh teratur,
aku rancang kehidupan seharian.

aku,
perlukan semangat...
untuk teruskan hidup ini...
tuhan
dulu pernah
aku menagih simpati
dan kini
aku ingin menagih kembali
simpati yang pernah aku impi
dan sebenarnya
aku terlalu inginkan simpati itu
sehingga aku mati
dan juga disana nanti

wassalam

santai...

2.27.2010

assalamualaikum...
pada saat-saat untuk siapkan sebuah projek kumpulan yang telah menekan diri dan ahli kumpulan,tiba-tiba kami didatangi dengan mesej yang telah mengubah suasana distudio.

submission postponed!!!
ia adalah suatu berita yang gumbira dan sedih pada masa yang sama.
gumbiranya pabila bule di tambah-tambah apa yang patut untuk presentasi.
sedihnya pabila terpaksa mengadap lagi kerja.

dan dengan penangguhan itu, aku pon mencari ketenangan sebelum menyambung kerja yang tidak mahu selesai itu.wakakkaka!
dan nikmatilah gambar yang sikit untuk menceritakan pengalaman mencari ketenangan itu.hummm...




dan aku pergi sana menunggang ini yang berupa hadiah pada hari jadi aku...





wassalam
p/s:jangan lah percaya sangat...

perasan atau perasaan?

2.01.2010

assalamualaikum...
nothing much to say...
just see and enjoy yourself.
for the best viewing experience,just copy the url below
thanks for viewing
wassalam...

http://en.tackfilm.se/?id=1264970857743RA48


kadang-kadang

1.21.2010

kadang-kadang...
aku merindui diriku yang dahulu
yang tak pernah tahu akan masalah
yang hanya fikirkan untuk bermain
yang tiada jadual padat
yang hanya untuk bergumbira
yang berhenti apabila penat

tapi sebenarnya
hidup ini tak pernah bohong
kerna setiap insan pasti mengalami perubahan
untuk terus kehadapan
mahupun kebelakang

wahai tuhan
bantulah aku ini
untuk rapat denganMU
untuk beribadat kepadaMU
untuk menjadi sebenar hamba padaMU
sebelum aku mengadapmu...


Mengemis Kasih-Raihan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku