kosong...

4.24.2010

assalamualaikum...

aku,
terasa kosong,
walaupun penuh dengan kerja,
yang bertimbun kat pejabat.
walaupun penuh jalan,
dengan kereta yang berduyun laju.
walaupun penuh perut,
dengan makanan yang bos belanja.
walaupun penuh masa,
aku diisi dengan aktiviti.
walaupun penuh teratur,
aku rancang kehidupan seharian.

aku,
perlukan semangat...
untuk teruskan hidup ini...
tuhan
dulu pernah
aku menagih simpati
dan kini
aku ingin menagih kembali
simpati yang pernah aku impi
dan sebenarnya
aku terlalu inginkan simpati itu
sehingga aku mati
dan juga disana nanti

wassalam

santai...

2.27.2010

assalamualaikum...
pada saat-saat untuk siapkan sebuah projek kumpulan yang telah menekan diri dan ahli kumpulan,tiba-tiba kami didatangi dengan mesej yang telah mengubah suasana distudio.

submission postponed!!!
ia adalah suatu berita yang gumbira dan sedih pada masa yang sama.
gumbiranya pabila bule di tambah-tambah apa yang patut untuk presentasi.
sedihnya pabila terpaksa mengadap lagi kerja.

dan dengan penangguhan itu, aku pon mencari ketenangan sebelum menyambung kerja yang tidak mahu selesai itu.wakakkaka!
dan nikmatilah gambar yang sikit untuk menceritakan pengalaman mencari ketenangan itu.hummm...




dan aku pergi sana menunggang ini yang berupa hadiah pada hari jadi aku...





wassalam
p/s:jangan lah percaya sangat...

perasan atau perasaan?

2.01.2010

assalamualaikum...
nothing much to say...
just see and enjoy yourself.
for the best viewing experience,just copy the url below
thanks for viewing
wassalam...

http://en.tackfilm.se/?id=1264970857743RA48


kadang-kadang

1.21.2010

kadang-kadang...
aku merindui diriku yang dahulu
yang tak pernah tahu akan masalah
yang hanya fikirkan untuk bermain
yang tiada jadual padat
yang hanya untuk bergumbira
yang berhenti apabila penat

tapi sebenarnya
hidup ini tak pernah bohong
kerna setiap insan pasti mengalami perubahan
untuk terus kehadapan
mahupun kebelakang

wahai tuhan
bantulah aku ini
untuk rapat denganMU
untuk beribadat kepadaMU
untuk menjadi sebenar hamba padaMU
sebelum aku mengadapmu...


Mengemis Kasih-Raihan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

mari belajar bersama pali...

12.13.2009

assalamualaikum....

cuti adalah cuti...
aku dah bosan sangat cuti,jadi aku pon mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat perkara yang berfaedah.

berbekalkan ilmu yang diturunkan pali kepada aku, aku pon mencuba nasib untuk menjadi yang terbaek. tapi pali lagi terbaek la. siap ley wat timbul-timbul. apatah lagi kalo wat cam aku ni. pastinya beliau buat dengan tenang dan bersahaja. nama pon cikgu. papepon trima kaseh la kat pali kerna menjadi cikgu buat aku. maaf sekiranya anak muridmu ini banyak bertanya. aku hanya mempraktikkan kata-kata "malu bertanya sesat jalan" walaupon sekarang ini ada google. nikmatilah hasil kerja aku yang tak berapa nak berhasil...

wassalam...