perjalanan dalam kesamaran
3.16.2008
Labels: pengisianjika hendak dikatakan yang hidup ini penuh dengan onak dan duri,ia memang hakikat.namun tidak selalunya jadi begitu.kadang-kadang hidup kita selalu dilimpahi dengan rezeki dan kebahagiaan.ia juga tidak bermakna hidup kita akan sentiasa senang dalam dunia yang fana ini.jadi,kehidupan umpama roda.adakalanya kita berada diatas dan adakalanya akan berada dibawah.itu merupakan norma kehidupan bagi seorang manusia sejati.
kadang-kadang perjalanan hidup kita menusuri kehidupan ini akan membawa kita untuk berfikir tentang kejadian yang berlaku sewaktu perjalanan itu.kita akan duduk sejenak, mengimbau apa sebenarnya yang kita tempuhi selama kita hidup.jika penghayatan kita kuat,maka segala kejadian yang berlaku itu akan dapat kita imbas dengan mudah dan kita akan hargai segalanya.namun jika kejadian itu kita ambilnya dengan sambil lewa, keberkesanan imbauan itu akan menjadi kabur,menjadi samar.dan ini membuatkan kita berada didalam perjalanan yang kesamaran...
konvoi raya
12.11.2007
Labels: santai
bismillah
studio-studio-studio…kadang-kadang ia sangat-sangat memeningkan.apatah lagi memenatkan.kitorang dah jadi cam zombie bila submission final projek.kitorang akan jadi seperti mayat hidup.tidur akan jadi tak menentu.makan tak basah.mandi tak lena dan tidur tak kenyang.memang sakit.nak buat camne ek?kata hidup sebagai budak senibina.tu la realitinye.hahaha!!!
kali ni aku nak kongsi pasal konvoi yang kitorang buat menjelang submission atas dasar ketensenan yang meluap-luap.sangat-sangat tensen beb.sebenarnye waktu tu masih lagi dalam bulan syawal.bermakna hari raya ada lagi.jadi,kitorang cadangnya nak pergi umah pensyarah studio kitorang.kiranya jamuan perpisahan la sebab waktu t pon studio dah nak abes.tu yang rasa-rasa nak pergi umah dia.nama die En. Rashidi.dia baru je abes amek pekse nak dapat Ar yang bermaksud arkitek.kiranya nanti dia bole tanda tangan untuk meluluskan sesuatu projek.tapi nak dapat benda tu sebenarnya susah.banyak la ciri-ciri khas yang perlu lulus untuk dapatkan gelaran tu.
Kitorang pergi umah pensyarah tu naik moto.ada 5 moto semuanye.semua budak-budak aku ikut.kira masing-masing membonceng.mmg seronok la.naik moto ramai-ramai la katakan.rumah dia tak jauh pon dari UTM terchenta tu.dalam 10 minit pon ley sampai.yang bestnya waktu konvoi tu,ada je masalah yang timbul.rasa cam klaka je.
kitorang beratur tu nak tangkap gambar sume.masing-masing muka tengah gumbira nak pergi raya.
mana taknya.makan kat sana sure percuma.pastu pensyarah kitorang memang wat khas
makanan tu untuk kitorang saja.sronok gile ar.
bukannya motor sendiri pon.hahahaha!!!
bukannye buat benda tak elok.hahaha!!!
korang tengok la camne seksanye dorang nak buka tangki tu.agak-agak dalam 10minit la
kitorang terkandas kat petronas tu.gara-gara nak buka tangki minyak scooter tu.susah gile.
ada gak member aku rakam aksi-aksi nak buka ni.korang layan jela kat bawah ni.
takkan nak melawan kot.lagipun lagi selamat kat dalam.hujan pon tak kena.ngeh3
ngan pensyarah kitorang.kira saat-saat terakhir bersama la.hehehe
die blaja ngan lepas blaja.kata arkitek kan.macam-macam la bangunan die buat.die penah keje ngan hijjaz kasturi tu beb.jangan xpercaya.ngeh3
dalam dunia senibina.tu plan rumah bangalow.dia design...
mmsyah
0850
11122007
kawan...
Labels: santai
bissmillahNak dekat ½ tahun aku rasa benda ni dah jadi.Cuma aku nak berkongsi dengan korang semua apa yang aku rasa tentang kawan dan kehidupannya.
Lepas pulang dari UTM terchenta untuk menikmati cuti sem,aku tak ada benda nak wat.sekadar duduk-duduk dirumah.bila kawan-kawan aku kata “ko watpe kat umah bro?”
Dengan selambe aku jawab TLDM.Diorang pon tanya balik aku apa lah TLDM tu.ada yang terkejut.pastu aku dengan hidung kembang nye jawab tidur lepak dan makan.hahaha!!!itulah istilah yang member aku pakai tuk kenakan aku.dan aku pakai balik untuk kenakan kawan-kawan aku yang lain.menarik tak?menarik tak?
tengok la dorang ni.ish3..macam tak pernah nampak camera je kan?hahaha(dari kiri ; rafie,hijrah dan grul)
ni lepas keletihan bermain.tak pon tengah tunggu giliran bermain(dari kiri ; nas,rafie dan fais)
ni barisan double yang agak hebat la.tapi takde la hebat sangat.hahaha(dari kiri ; grul dan rafie)
ha..kan dah salah pukul.ish3..sakit la buah member tu.ahakz!(dari kiri ; hijrah dan rafie)
nilah kawan-kawan aku yang selalu main badminton ngan aku.yang baju biru tu partner aku.mantap tu...(dari kiri ; syamil,hijrah,nas,grul,aku,fais dan rafie)
apa yang aku cuba tunjukkan sebenarnya adalah ikatan yang terjalin antara aku dengan kawan-kawan aku.dan secara jujurnya aku sangat-sangat merindui saat-saat ini.dapat bersama-sama kawan.nikmati-nikmat berkawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.aku berharap sangat-sangat memori ini dapat diulangi dengan indahnya.sekian,wassalam.
mmsyah
0622
11122007
pengenalan
Labels: hidup
bismillahirahmanirahim
seperti yang tercatat dalam surat beranak dan kad pengenalan aku, dan kepayahan ayah dan ibu aku memikirkan nama aku sebagai mohd mansur syah bin abd hashim.kawan-kawan aku sering memanggil mansur sebagai nama panggilan.namun ada segelintir yang memanggil man sebagai ringkasan.aku tak kesah sangat.cuma kawan-kawan yang seringkali memanggilku man selalunya rapat dengan aku.
kuala lumpur telah menjadi tempat tinggal aku selama 20tahun ini.aku jarang sekali berpindah-pindah.jika ada pon,sekadar dalam 1 kawasan.skrang ni aku tinggal di taman pandan indah.rumah flat.tapi penuh dengan kemudahan-kemudahan awam yang seringkali menjadi kegilaan penduduk ibukota ini untuk menuju kemana-mana destinasi.belakang umah aku ada LRT Chempaka.kalo jalan sikit kat depan tu,ada tempat nak tunggu bas yang boleh ke ibukota kl.aku jarang sekali untuk naik bas sekarang ni.maklumlah..dah besar.ada moto sendiri.bole merempit laju-laju.dulu-dulu waktu sekolah menengah,selalu juga aku naik bas kat situ.nak pegi sekolah.tu pon waktu kegilaan kat basikal dah abes.kalo tak,pergi mana-mana pon aku naik basikal.tak kesah la mandi kolam ke,pergi sekolah ke,pergi mati ke.erk...hahahaha...gurao-gurao.. :D
sebenarnya aku takde topik yang menarik untuk diceritakan.tu yang campur-campur kat sini.takpela.nanti aku cuba untuk spesifikkan apa yang aku nak sampaikan.emm...untuk setakat ini bagi kali ini.harap maaf kalau bahasa aku agak skema.aku buat camni sebab nak kasi senang paham dan baca.oklah.sehingga berjumpa lagi.wassalam
mmsyah
0428
11122007