kadang-kadang

1.21.2010

kadang-kadang...
aku merindui diriku yang dahulu
yang tak pernah tahu akan masalah
yang hanya fikirkan untuk bermain
yang tiada jadual padat
yang hanya untuk bergumbira
yang berhenti apabila penat

tapi sebenarnya
hidup ini tak pernah bohong
kerna setiap insan pasti mengalami perubahan
untuk terus kehadapan
mahupun kebelakang

wahai tuhan
bantulah aku ini
untuk rapat denganMU
untuk beribadat kepadaMU
untuk menjadi sebenar hamba padaMU
sebelum aku mengadapmu...


Mengemis Kasih-Raihan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

mari belajar bersama pali...

12.13.2009

assalamualaikum....

cuti adalah cuti...
aku dah bosan sangat cuti,jadi aku pon mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat perkara yang berfaedah.

berbekalkan ilmu yang diturunkan pali kepada aku, aku pon mencuba nasib untuk menjadi yang terbaek. tapi pali lagi terbaek la. siap ley wat timbul-timbul. apatah lagi kalo wat cam aku ni. pastinya beliau buat dengan tenang dan bersahaja. nama pon cikgu. papepon trima kaseh la kat pali kerna menjadi cikgu buat aku. maaf sekiranya anak muridmu ini banyak bertanya. aku hanya mempraktikkan kata-kata "malu bertanya sesat jalan" walaupon sekarang ini ada google. nikmatilah hasil kerja aku yang tak berapa nak berhasil...

wassalam...






top of the world

11.23.2009

aku teringat lagu ni waktu google kat youtube
first time aku dengar waktu kat english camp waktu sekolah teknik
aku pon tak tao kenapa aku suka lagu ni...

top of the world - the carpenter

such a feelings coming over me
there is wonder in most everything i see
not a cloud in the sky
got the sun in my eyes
and i wont be supriesd if its a dream

everything i want the world to be
is now coming true especially for me
and the reason is clear
its because you are here
you're the nearest thing to heaven that i've seen

i'm on the top of the world looking
down on creation and the only explanation i can find
is the love that i've found ever since you've been around
your love's put me at the top of the world

parti liar katanya...

11.21.2009

"parti lear!!!" haidar punya idea
"aku nak bbq je" ipoh pon bersuara
"aku tak kesah" azim dengan selamba
"terbaek!" caom dengan semangatnya
"siput...siput...siput..." anep mengigau
"semat!" aku pon berkata

setelah bersusah payah (susah ke?) menjawab soalan dan menghadapi portfolio yang agak menyakitkan jiwa dan raga, aku dengan kawan-kawan telah pergi pantai untuk menghiburkan hati yang lara ini.

lama juga la aku ni tak mandi kat laut. alih-alih kawan aku ni ajak pergi mandi laut. aku dengan tidak ada alasan untuk menolak, dengan cepat menerima perlawaan beliau. ipoh ni la beria-ia ajak. aku pon ok je. tak de hal katanya...

lama gak la perjalanan nak pergi ke laut ni. biasa la kan, benda yang seronok kena la sabar. maonya 3 jam perjalanan dari skudai ke mersing. ikot jalan lama katanya. jimat!. aku naek dengan azim ngan anep. tak banyak benda borak. tapi kadang-kadang riuh gak tengok pemandangan sekeliling yang agak tak pernah nampak.

aku malas sebenarnya nak cite sume. panjang benor. cuma, ada la sisipan gambar yang sesuai ditatapi oleh semua lapisan masyarakat...



gaya yang tengah tu xbule blah.bajet tough la?
semua yang g bawa kete warna itam.suratan atau kebetulan?

ni la ketua rombongan.ada ciri-ciri kepimpinan tak?

ni la kije anep.dua kali percubaan untuk dapatkan hasil laut ni.

ni pon dua kali percubaan daripada azim.tapi sampai skrang aku tak tahu sapa esar.

ni didedikasikan kepada persatuan trex dari ahli-ahlinya(walaupon yang buat tu bukannye semuanya ahli trex)marah abang presiden...

aksi-aksi hebat mereka dalam membentuk suatu semangat berpasukan...

ni lah barisan yang melawan ombak!

ni plak percubaan caom yang kali ke dua.hebat kan beliau?

kamehameha azim yang tak cukup tenaga...

azim bertemu rakan baru kat pantai...

ni lah hasil pemindahan tenaga azim daripada kawannye di pantai. kamehameha beliau telah menghancurkan sebuah pulau yang berada disekitar pantai...
dan ini untuk awak dari saya... ^_^
p/s:
1."tiada majlis agama islam yang datang untuk menerjah kami. kami hanya buat parti lear dan bukannye parti gay" haidar dengan tegasnya
2."aku nak buat keychain la sipot ni" anep menjawab pertanyaan aku sebab pe die bersungguh-sungguh nak kutip sipot
3."terbaek kan ombak tu?" caom tak abes-abes cakap benda ni dari awal sampai pantai sampai la ke kolej kediaman mahupon di studio
4."balek ni ley speed!" ipoh dengan bangganya
5."macam cite baywatch" pengunjung tegar pantai air papan tentang gaya azim mandi
6."kepala aku sakit" time nak minta minyak angin kat haidar...

penyesalan

kadang diri ini terasa
tentang kehidupan selepasnya
mungkin tidak bersedia
untuk pergi menemuiNya
terlalu banyak dosa
seringkali ku alpa
tentang pembalasanNya
pada hari pengadilan sana
aku hanya insan cuma
inginkan keredhaanNya
ya Tuhan, Maha Ampun
aku inginkan keredhaan
dan juga keampunan
berikanlahku kekuatan
untuk menerobus sebuah kehidupan
demi suatu penghidupan
yang tidak akan ditelan zaman...