teringat...
2.06.2009
Labels: hidupassalamualaikum...
teringat lagu ustaz aku suka nyanyi waktu perhimpunan...
umat Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh...
wassalam... (^_^)
p/s:trima kaseh ustaz khaspi!
aku lagi jahat...
1.28.2009
Labels: pengisianbismillahirrahmanirrahim...
ini cerita yang aku dapat waktu jaulah.terimalah...cewahh...
nak dijadikan cerita lah, disebuah kawasan, terdapat 3 pemuda sedang melepak. topik yang dorang bualkan adalah siapa paling jahat antara 3 orang itu. mulalah dengan perbincangan mereka2 itu dengan hangatnya...
"aku lah jahat" mula si A
"yo ooo je ko A. dah tentu aku lagi jahat" betah si B
"tak dapat la korang. aku la yang paling jahat" selit si C
bualan dorang semata-mata pusing ke situ. tak kemana pon. lama juga la pusing-pusing tang tu. kendian si B ni dah naik bosan...
"asik borak je. cuba la buat sket apa yang ko cakap tu.baru serupa bikin..." si B mencabar
kebetulan dekat kawasan yang dorang lepak-lepak tu lalulah seorang gadis manis. tetiba je si A ni pergi kat gadis manis itu dan tackle dia.(bukan ngorat) lalu jatuh la si gadis manis itu. pas je jatuh, dia pukul-pukul plak. ditambah lagi dia sepak-sepak gadis tu. si A ni brenti bila dah puas. kemudian pegi ke tempat dorang mula-mula lepak dan berlagak...
"tengok, aku dah buktikan yang aku jahat. korang tengok la aku dah pukul minah tu sampai lebam-lebam. satu badan plak tu. wakakakka!!!"
belum abes je si A gelak jahatnya, si B ni dah kat atas badan gadis tak bermaya tu. dia pon memulakan operasi jahat dia. si B ni pon memperkosa lah gadis malang itu dengan tidak ada perikemanusiaan langsung. dengan rakusnya si B ni buat gadis tu macam kanak-kanak baru jumpa mainan. lepas puas nafsu serakah dia, si B ni pon bunuh terus gadis itu...
kembalilah si B ni ke tempat dorang berborak tu. kemudian si B ni pon belagak la...
"ha..kan ak cakap aku lagi jahat...wakakkaka!!!"
si A ni terkejut dengan perlakuan si B ni. dan dia pon akuilah yang si B ni lagi jahat daripada dia.
"korang tao tak yang korang pukul,perkosa ngan bunuh tu sebenarnya adik aku..." si C mencelah gelak tawa si B.
tergamam si B dengan gelak tawanya. si A pulak terperanjat akan pengakuan si C.
"ko memang JAHAT la C..." serentak A dan B menjawab...
dengan muka bangga, si C ni pon melebarkan senyuman dia...
-tammat-
cuba korang fikir yang...
A=Amerika
B=Israel
C=Umat Islam
sebenarnya ceritera ini nak aku kaitan dengan isu palenstina. apakah sensitiviti kita sebagai umat Islam tentang penyeksaan yang diterima oleh saudara-saudara kita disana?adakah kita sekadar tahu?ataupun saja buat-buat tak tahu?mungkin diri sendiri ada jawapannya...
wassalam
kenapa?
1.12.2009
Labels: pengisianAku dah tak tahan!kekejaman israel ini memang melampau...
pandangan dunia tentang perjuangan rakyat palestin telah disalah ertikan....
hurrmmm.....
Ikhwah-akhawat terutama mereka yang terjun ke tengah masyarakat menjelaskan isu Gaza. Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.
Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata:
No 1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.
No 2. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.
No 3. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.
No. 4. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.
No. 5. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?
No. 6. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.
Sekian. Bersedialah untuk menjadi jurucakap Hamas, Jangan biarkan media mempengaruhi panangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza. -Courtesy of Hafidzi MN
Wassalam
p/s: tatapan keganasan yang dilakukan oleh rejim zionis!
http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/
Allahuakbar!
virus!!!
12.25.2008
Labels: santaiha...tu je nak crite.
sebenarnya aku dah penat nak format-format ni.yela.benda tu leceh.sebab banyak benda nak kena install.lagi-lagi dengan kesihatan yang tidak menyenangkan.adeh...
tapi aku mula perasan,memang terlalu banyak virus-virus di alam maya ini.terlalu banyak.time aku scan waktu pc aku kena virus,xmo bersepah plak die punya virus.dah delete pon,bila scan balek ada lagi.sakit hati btol.last-last kemuncaknya,pc ak xley idop.perghhh...mmg panas ahh.jd,dengan hati terbuka aku pon mula la buat benda yang busan ni lagi.ish3...
wassalam
p/s:maaf mengabiskan masa korang.aku tension.hahahha!!!
aku ke jogja!
12.23.2008
Labels: santaihari ini aku sakit,
hari ini aku demam,
hari ini aku batuk,
hari ini tekak aku loya,
hari ini kepala aku pening...
tapi takpe.aku sebenarnya dah lama tak merasai nikmat kesakitan.hahhaa.bukan meminta nak sakit selalu.tapi ianya kan lumrah kehidupan.biasa lah.mana ada orang xpernah sakit.dan aku bersyukur aku dapat rasa.secara otomatik,penyerahan diri pada pencipta dapat ditingkatkan.tak gitu mior?opss..ejai?hahaha...
dalam sakit-sakit aku ni pon,aku gumbira.kerna ia menunjukkan aku masih manusia biasa.tak kebal.bila-bila aje boleh kena sakit.kalau kebal pon buatpe,nanti nak potong rambut susah.hahaha.apa aku merepek ni?
sebenarnya aku nak crite tentang pemberian kawan aku.semalam,waktu ak tgh tak berapa nak sehat tu aku keluar la juga.nak kasi aktif skit badan ni.asyik terperap pon tak guna juga.dia bagi aku t-shirt.wow!bukan calang-calang t-shirt yang aku dapat ni.dari indonesia tu...

ha...amacam?menarik x?kalo aku pakai,sure orang ingat aku dah pegi ke jogja.apa-apa pon,ribuan terima kaseh la untuk kawan aku tu.ingat juga saya disini ye.hehehe.ha,ni last skali.aku selitkan sedikit pantun yang ada pada tag baju ini...
mata
tentu bukan semata-mata
buat memata-matai
mata
yang pertama-tama
justru untuk mengamat-amati
(amati Djokdja lewat oblong berlogo mata)
wassalam
