virus!!!

12.25.2008


ha...tu je nak crite.

sebenarnya aku dah penat nak format-format ni.yela.benda tu leceh.sebab banyak benda nak kena install.lagi-lagi dengan kesihatan yang tidak menyenangkan.adeh...

tapi aku mula perasan,memang terlalu banyak virus-virus di alam maya ini.terlalu banyak.time aku scan waktu pc aku kena virus,xmo bersepah plak die punya virus.dah delete pon,bila scan balek ada lagi.sakit hati btol.last-last kemuncaknya,pc ak xley idop.perghhh...mmg panas ahh.jd,dengan hati terbuka aku pon mula la buat benda yang busan ni lagi.ish3...

wassalam

p/s:maaf mengabiskan masa korang.aku tension.hahahha!!!

aku ke jogja!

12.23.2008

hari ini aku sakit,

hari ini aku demam,

hari ini aku batuk,

hari ini tekak aku loya,

hari ini kepala aku pening...

tapi takpe.aku sebenarnya dah lama tak merasai nikmat kesakitan.hahhaa.bukan meminta nak sakit selalu.tapi ianya kan lumrah kehidupan.biasa lah.mana ada orang xpernah sakit.dan aku bersyukur aku dapat rasa.secara otomatik,penyerahan diri pada pencipta dapat ditingkatkan.tak gitu mior?opss..ejai?hahaha...

dalam sakit-sakit aku ni pon,aku gumbira.kerna ia menunjukkan aku masih manusia biasa.tak kebal.bila-bila aje boleh kena sakit.kalau kebal pon buatpe,nanti nak potong rambut susah.hahaha.apa aku merepek ni?

sebenarnya aku nak crite tentang pemberian kawan aku.semalam,waktu ak tgh tak berapa nak sehat tu aku keluar la juga.nak kasi aktif skit badan ni.asyik terperap pon tak guna juga.dia bagi aku t-shirt.wow!bukan calang-calang t-shirt yang aku dapat ni.dari indonesia tu...

ha...amacam?menarik x?kalo aku pakai,sure orang ingat aku dah pegi ke jogja.apa-apa pon,ribuan terima kaseh la untuk kawan aku tu.ingat juga saya disini ye.hehehe.ha,ni last skali.aku selitkan sedikit pantun yang ada pada tag baju ini...

mata

tentu bukan semata-mata

buat memata-matai

mata

yang pertama-tama

justru untuk mengamat-amati

(amati Djokdja lewat oblong berlogo mata)

wassalam

end of days

12.22.2008


Sepercutian aku dipenuhi dengan aktiviti yang sangat-sangat rutin dan asas. Aku sekadar tidur,lepak dan makan. Aktiviti-aktiviti istimewa selalunya terdorong daripada ajakan kawan seperti berfutsal dan keluar tengok wayang. Itu pon kalau mereka yang ajak. Jika tidak, aku lebih suka untuk melekat dirumah mengabiskan waktu-waktu cuti aku.


Pengamatan aku waktu cuti ini adalah rancangan televisyen yang banyak mempengaruhi minda dan fikiran orang ramai. Tidak dinafikan bahawa media massa ini mempunyai kuasa yang kuat untuk membuatkan penontonnya meniru atau melakonkan balik apa yang mereka lihat. Ia juga dapat mengubah persepsi fikiran seseorang jika pegangan hidup mereka masih samar dan rapuh.


Penyiaran cerita-cerita fiksyen yang acapkali dikeluarkan oleh media massa Barat banyak memberikan gambaran pada kotak fikiran kita tentang betapa takutnya manusia akan hari kiamat. Masing-masing mencari ikhtiar terakhir untuk selamatkan diri dan keluarga. Masing-masing tiba-tiba bersatu padu untuk mentidakkan kehancuran bumi yang sudah tua ini. Dan banyak usaha-usaha yang mereka lakukan untuk kekal hidup di bumi yang fana ini.



Al-Qariah(Terjemahan)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

1. hari kiamat

2. apakah hari kiamat itu?

3. dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

4. pada hari itu manusia seperti laron yang berterbangan

5. dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan

6. maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya

7. maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang)

8. dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya

9. maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah

10. dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

11. (iaitu) api yang sangat panas



Kehancuran bumi ini sebenarnya suatu Sunnahtullah. Ia akan hancur dan tiada sebarang kuasa pun akan mampu untuk menghalang akan kehancurannya. Walaupun dikumpulkan manusia dari seluruh pelusuk dunia ini, namun kehancuran itu masih tetap akan berlaku.


Sebenarnya yang penting adalah bagaimana persediaan kita untuk menghadapi saat-saat ini. Bukan bermaksud akan menghalang berlakunya kiamat ini, tetapi bekalan-bekalan yang akan kita bawa kelak untuk menempuhi kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Persoalan-persoalan perlu timbul dalam diri kita sendiri akan sejauh manakah persediaan yang kita lakukan. Kerna dalam diri sendirilah kesedaran akan muncul dengan rahmat dari Allah SWT. Insya Allah

matlamat

12.06.2008

bismillahirrahamirahim

sepeninggalan aku di tempat aku mengaji membuatkan aku terfikir tentang hidup dan kehidupan aku selepas ini.boleh dikatakan bahawasanya hidup yang aku tempuh ini penuh dengan matlamat yang tersendiri mengikut kadaran waktu dan situasi.matlamat ini seringkali berubah-ubah mengikut kehendak jangka pendek yang aku fikirkan ianya cukup berbaloi.

namun apa yang aku fikirkan tentang matlamat-matlamat yang sering berukar-tukar itu semuanya adalah hanya mainan dunia.sebab ianya bukanlah suatu yang mutlak.aku terfikir tentang matlamat yang hakiki dan abadi tentang kehidupan ini...

adakah kerja yang baik?
adakah rumah yang besar?
adakah kereta yang mewah?

persoalan yang menggilai dikotak fikiran aku adalah...

kalau aku punyai kerja yang baik,apa selepas itu?
kalau aku punyai rumah yang besar,apa selepas itu?
dan kalau aku punyai kereta yang mewah,apa selepas itu?

adakah perkara-perkara ini mempunyai suatu titik mutlak yang dapat memberikan hidup aku lebih bermakna daripada segalanya?oh,Tuhan...

persoalan aku sebenarnya sudah terjawab dengan kehadiran insan yang memberikan aku satu peluang untuk mencari matlamat hidup yang hakiki.aku sangat-sangat berterima kasih dengannya.dia sebagai pembimbing memberikan aku kekuatan untuk terus mencapai matlamat ini.walaupun aku tidak berupaya untuk mengucapkannya dihadapannya.namun,aku sentiasa berdoa agar perjuangan yang diperjuangkan olehnya dan aku akan sentiasa diRahmati yang Maha Esa.



p/s:kunjungan ke SUPERCAMP merupakan titik tolak tentang matlamat hidup aku sebagai seorang dai'e.terima kaseh wahai abu awgqs
...

Aku tidak sehebat mana...

4.23.2008

Aku tidak sehebat mana . . .

Aku mengenali beberapa peribadi yang sangat aku kagumi. Aku katakan mereka adalah individu-individu yang hebat. Individu-individu yang faham dengan perintah dan larangan ALLAH swt. Individu-individu yang begitu komited dengan ajaran agama dan kehendak agama. Aku bersyukur kerana dalam kesempatan hidup ini berpeluang untuk mengenali dan bersahabat dengan mereka. Ingin aku ambil satu contoh di sini.

Dalam hal pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Kita jelas dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadith yang menyuruh manusia agar menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Aku tidak ingin menyebutnya satu persatu di sini (actually tidak berapa ingat).

Dalam pada itu ada juga suruhan kepada amar ma'ruf wa nahyu mu'kar. Yang meletakkan kewajipan atas setiap Muslim mengikut kemampuan mereka. Dan suka juga aku tegaskan bahawa ia juga bergantung kepada tahap keimanan seseorang individu.

Aku timbulkan dua hal ini untuk menggambarkan bahawa keimanan yang mantap dalam diri seseorang individu akan menyebabkan dia tidak mampu untuk berdiam diri apabila berlaku kemaksiatan atau sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Islam. Jiwanya akan bergejolak untuk menentang kemungkaran tersebut. Jiwanya tidak mampu untuk bersabar dan berkompromi dalam hal-hal seperti ini. Keimanan yang sedemikian akan menghasilkan tindakan yang selaras dengan kehendak Islam. Namun begitu aku sudah cukup kagum dengan peribadi yang hatinya tidak akan tenteram apabila melihat perkara maksiat. Sesungguhnya membentuk hati yang sensitif dengan hal-hal kemaksiatan bukanlah perkara yang mudah. Dan itulah antara ciri yang ada dalam diri individu-individu yang aku kenali apabila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Sesungguhnya keimanan mereka sangat hebat.

Maksiat yang ingin aku fokuskan di sini adalah perbuatan couple antara lelaki dan wanita dan yang belum mempunyai ikatan yang sah.

Tetapi, aku tidak sehebat mana . . . aku tidak sehebat mereka . . .

Perasaan marah dan geram itu tidak mampu wujud dalam diri aku. Aku pasti kerana lemahnya iman yang membentengi diri aku. Aku sebaliknya merasa cemburu kepada pasangan kekasih yang berjalan berpegangan tangan dengan penuh mesra. Aku mencemburui pasangan kekasih yang ada tempat untuk mereka bermanja dan bergurau senda. Ada tempat untuk masing-masing meluahkan perasaan dan menghilangkan kesedihan yang di alamai. Aku cemburu apabila melihat pasangan yang begitu mesra membonceng bersama atau berjalan dengan kepala melentok ke bahu pasangannya. Aku cemburu apabila melihat mereka berbicara dengan kata-kata romantis dan begitu mengasyikkan. Dan aku pasti suasana itu sungguh menggembirakan. Dan secara tidak sedar aku sebenarnya ingin untuk turut melakukan hal yang demikian.

Aku pasti dengan rupa yang aku miliki, aku mampu untuk mempunyai pasangan. Aku pasti dengan kedudukan yang aku miliki, aku mampu untuk menambat hati seseorang. Aku pasti dengan sifat caring dan sedikit humor dalam diri aku, mampu untuk aku merapati seorang gadis untuk aku jadikan teman. Mudah untuk aku katakan adalah semuanya cukup pada diri aku untuk aku melakukan hal seperti mereka, bahkan lebih baik lagi.

Walaupun aku tidak sehebat mana, tetapi aku bukanlah selekeh sangat . . .

Tetapi keinginan dan kecemburuan, di tambah dengan kelebihan yang aku miliki belum cukup kuat untuk aku teruskan usaha aku. Bukanlah tertahannya niat aku itu kerana bentengan iman yang kuat dalam diri aku sehingga mengikis sifat-sifat yang telah aku sebutkan di atas. Bukanlah juga tertahannya niat aku itu kerana kekurangan pada diri aku yang membuatkan aku tidak mampu memiliki teman. Sesungguhnya, INGIN AKU TEGASKAN DI SINI bahawa niat aku itu tertahan hanya kerena PERBUATAN ITU TIDAK DI BENARKAN OLEH ALLAH SWT. HANYA KERANA LARANGAN ITU!!!. Atau untuk lebih mudah difahami, sekiranya perbuatan itu tidak menjadi larangan, maka aku pasti telah melakukannya. Dan tidak cukup sekadar itu, aku pasti akan menjadikan diri aku sebagai contoh ikutan orang lain. 'Malangnya' perbuatan itu telah termaktub sebagai LARANGAN DARI ALLAH SWT dan aku akan terus komited untuk tidak melakukannya HANYA KERANA LARANGAN ITU . . . Dan semua keinginan dan kelebihan yang ada pada diri aku belum cukup kuat untuk aku menentang larangan tersebut . . .

DAN AKU TIDAKLAH SEHEBAT MANA . . . untuk menentang larangan tersebut . . .




p/s:petikan ini ditaip oleh seseorang yang aku rasa cukup kuat untuk membuktikan bahawa kita bukannya siapa pun untuk menentang larangan tersebut dan aku akui yang aku masih tidak lari dari melakukan perkara-perkara yang mendorong ke arah itu.moga Allah berikan kekuatan untuk aku dan pembaca untuk terus menempuh dugaan CINTA ini dengan cara yang diizinkanNYa. Insya Allah

perjalanan dalam kesamaran

3.16.2008

perjalanan dalam kesamaran

jika hendak dikatakan yang hidup ini penuh dengan onak dan duri,ia memang hakikat.namun tidak selalunya jadi begitu.kadang-kadang hidup kita selalu dilimpahi dengan rezeki dan kebahagiaan.ia juga tidak bermakna hidup kita akan sentiasa senang dalam dunia yang fana ini.jadi,kehidupan umpama roda.adakalanya kita berada diatas dan adakalanya akan berada dibawah.itu merupakan norma kehidupan bagi seorang manusia sejati.

kadang-kadang perjalanan hidup kita menusuri kehidupan ini akan membawa kita untuk berfikir tentang kejadian yang berlaku sewaktu perjalanan itu.kita akan duduk sejenak, mengimbau apa sebenarnya yang kita tempuhi selama kita hidup.jika penghayatan kita kuat,maka segala kejadian yang berlaku itu akan dapat kita imbas dengan mudah dan kita akan hargai segalanya.namun jika kejadian itu kita ambilnya dengan sambil lewa, keberkesanan imbauan itu akan menjadi kabur,menjadi samar.dan ini membuatkan kita berada didalam perjalanan yang kesamaran...