end of days

12.22.2008


Sepercutian aku dipenuhi dengan aktiviti yang sangat-sangat rutin dan asas. Aku sekadar tidur,lepak dan makan. Aktiviti-aktiviti istimewa selalunya terdorong daripada ajakan kawan seperti berfutsal dan keluar tengok wayang. Itu pon kalau mereka yang ajak. Jika tidak, aku lebih suka untuk melekat dirumah mengabiskan waktu-waktu cuti aku.


Pengamatan aku waktu cuti ini adalah rancangan televisyen yang banyak mempengaruhi minda dan fikiran orang ramai. Tidak dinafikan bahawa media massa ini mempunyai kuasa yang kuat untuk membuatkan penontonnya meniru atau melakonkan balik apa yang mereka lihat. Ia juga dapat mengubah persepsi fikiran seseorang jika pegangan hidup mereka masih samar dan rapuh.


Penyiaran cerita-cerita fiksyen yang acapkali dikeluarkan oleh media massa Barat banyak memberikan gambaran pada kotak fikiran kita tentang betapa takutnya manusia akan hari kiamat. Masing-masing mencari ikhtiar terakhir untuk selamatkan diri dan keluarga. Masing-masing tiba-tiba bersatu padu untuk mentidakkan kehancuran bumi yang sudah tua ini. Dan banyak usaha-usaha yang mereka lakukan untuk kekal hidup di bumi yang fana ini.



Al-Qariah(Terjemahan)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

1. hari kiamat

2. apakah hari kiamat itu?

3. dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?

4. pada hari itu manusia seperti laron yang berterbangan

5. dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan

6. maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya

7. maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang)

8. dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya

9. maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah

10. dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

11. (iaitu) api yang sangat panas



Kehancuran bumi ini sebenarnya suatu Sunnahtullah. Ia akan hancur dan tiada sebarang kuasa pun akan mampu untuk menghalang akan kehancurannya. Walaupun dikumpulkan manusia dari seluruh pelusuk dunia ini, namun kehancuran itu masih tetap akan berlaku.


Sebenarnya yang penting adalah bagaimana persediaan kita untuk menghadapi saat-saat ini. Bukan bermaksud akan menghalang berlakunya kiamat ini, tetapi bekalan-bekalan yang akan kita bawa kelak untuk menempuhi kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Persoalan-persoalan perlu timbul dalam diri kita sendiri akan sejauh manakah persediaan yang kita lakukan. Kerna dalam diri sendirilah kesedaran akan muncul dengan rahmat dari Allah SWT. Insya Allah

3 comments:

eJAI said...

pergh mansur menulis...huii..terkesima aku sekejap memikirkan dosa2 aku yg btimbun.mekasih mansur...

main futsal ade ke?

mmsyah said...

ada...tp ngan member ak yang lain.ko ada ajak ke?

eJAI said...

cett